3 Rekabentuk Dapur Yang Menjadi Idaman Hati

Paling best dapat dirasakan apabila memiliki dapur impian. Nak memasak pun seronok rasanya. Pastinya lebih rajin ke dapur sebab dapat memasak di dapur yang menjadi impian hati.

Jadinya, hari ini kita intai-intai rekabentuk dapur yang menjadi idaman di hati. Mungkin satu hari nanti dapat memliki dapur secantik ini. Mungkin tidak 100% serupa. Tetapi jika memperolehinya kurang atau lebih di dalam gambar-gambar dibawahpun rasanya sudah bersyukur sangat-sangat.

Itulah dia dinamakan sebagai impian yang menjadi idaman hati.

Dapur 1 - Yang lebih kepada warna kegemaran. Bewarna pink, dengan adanya kabinet tinggi itu dapatlah pinggan dan mangguk disusun setempat dengan kemas dan teratur.



Dapur 2: Keadaan dapur yang teratur dan tersusun. Gabungan warna merah dan hitam menyerlahkan lagi suasana dapur.


Dapur 3: Ringkas dan kemas. Warna putih yang keihatan cantik,bersih dan kemas. Bimbang juga, lama kelamaan akan kelihatan comot dan kotor. Al maklumlah dapurkan tempat selalu dikunjungi untuk memasak. Jika memasak sekali sekala mungkin sesuai dengan warna putih ini.


Begitulah rekabentuk dapur idaman hati. Semoga satu hari nanti berjaya memiliknya. Beginilah juga cerita mak-mak. Jika tidak cerita tentang makanan, cerita tentang dapur. Sudah habis bab dapur, kita bercerita tentang anak-anak. 

Macam-macam cerita mak-mak ini. Terima kasih kerana sudi singgah membaca diblog saya ini. Jemputlah singgah lagi yea.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment