7 Menu Ringkas Yang Boleh di Masak Selepas Pulang Dari Kerja



Jom memasak!

Kita memasak menu yang ringkas lagi mudah saja.Lebih-lebih lagi selepas pulang dari kerja.

Badan pun penat,otak pun letih.Namun, demi ahli keluarga tersayang.Hilang perasaan penat dan letih itu.

Asalkan dapat memberi mereka hidangan daripada air tangan sendiri. Saya lebih suka memasak sendiri daripada makan di kedai.

Biarlah resepi ringkas,asalkan daripada masakan sendiri.Oklah, disini saya kongsikan 7 resepi ringkas yang senang,mudah dan jimat masa untuk membuatnya.

1) Singgang Ikan.



Jerangkan air kurang lebih 1 liter sehingga mendidih.Masukkan 4 ekor ikan kembung,masukkan 3 keping asam keping,hirisan cili padi,hirisan bawang putih dan bawang merah dan perasakan dengan garam.

Jika suka rasa masam dan pedas,boleh letakkan lebih hirisan cili padi dan asam keping.

Masa yang diambil anggaran 15 minit.

2) Telur masak kicap

Basuh telur dan pecahkan telur tersebut.Goreng telur mata kerbau.Tumiskan sedikit hirisan bawang.Tuangkan kicap,tuangkan secawan air seteleh mendidih.Masukkan telur yang telah digoreng tadi..Siap.Boleh dihidangkan dan di makan

Masa yang diambil anggaran 10 minit

3) Telur Dadar


Inilah makanan kegemaran En Suami.Wajib ada setiap hari.Nak menyediakannya pun senang.

Dimakan dengan nasi panas,taburkan sedikit kicap dan hirisan cili padi.Sedap lagi menyelerakan.  

4) Ikan goreng berlada @ Sambal Ikan

Gorengkan ikan,kemudian masakkan lada kering yang telah diblander,perasakan dengan sedikit garam,gula dan asam keeping.

Setelah lada tadi masak ,tuangkan keatas ikan yang telah di goreng tadi.

5) Rebusan sayur

Didihkan air bersama secubit garam,masukkan sayur yang telah dicuci.Biarkan seketika dan boleh dihidangkan.

6) Sambal Sardin

Tumiskan bawang merah dan bawang putih,masukkan sedikit cili kering yang telah diblander sehingga garing.Masukkan sardin.Selepas itu,perasan dengan garam.

7) Ayam @ Daging goreng kunyit.



Hirisan ayam ataupun daging.Dilumurkan lebih sedikit Kunyit,kemudian di goreng. Campurkan sedikit hirisan lobak merah dan kacang panjang serta cili padi.

Selesai sudah 7 resepi ringkas dan mudah dimasak selepas pulang dari kerja.

Selamat menjamu selera bersama keluarga.Memasak itu satu terapi yang memberi kepuasan.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment