5 Tempat Percutian Yang Sesuai Buat Kanak-kanak



Apabila tiba musim cuti sekolah. Ibubapa pun sibuk jugalah mencari lokasi percutian. Demi anak-anak tersayang. Ada yang sudah merancang aktiviti percutian keluarga dari awal. Ada juga yang terus saja membuat keputusan untuk pergi bercuti.

Saya pula, memilih merancang dahulu percutian bersama keluarga. Caranya menetapkan tarikh yang sesuai, kemudian menyediakan sedikit peruntukan khas untuk percutian dan apabila tiba masanya. Marilah kita pergi bercuti.

Kebiasaannya anak-anak yang lebih seronok. Kegembiraan terpancar diwajah mereka. Biasalah, anak-anak kecil. Apa yang mereka faham tentang kehidupan. Yang mereka inginkan adalah keseronokkan,kegembiraan dan perhatian.

Di sebabkan itu. Di sini saya membantu ibuayah diluar sana  mendapatkan tempat percutian ataupun tempat yang harus dilawati bersama kanak-kanak. Semuanya ini di dalam Malaysia saja yer.

1) Legoland, Johor
Lokasi yang penuh dengan keriangan dan permainan. Confirm, anak-anak mengemarinya. Pasti ini merupakan kenangan yang paling indah di dalam percutian sekolah mereka.



2) Zoo Melaka
Disamping melawat tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Melaka. Bolehlah singgah sebentar melihat dan mengenal haiwan-haiwan yang terdapat di Zoo Melaka. Sangat menghiburkan dan bermanafaat.



3) Aquaria KLCC
Mengenali spesis ikan dan memerhati kejadian ikan yang berbagai bentuk. Anak-anak pastinya kagum melihat berbagai bentuk ikan dari dasar laut. Pastinya perasaan seronok berbunga-bunga dihati mereka.



4) Lost World of Tambun
Taman tema yang mempunyai berbagai aktiviti. Keseronokan pastiny tergambar diwajah anak-anak apabila berada disini. Selain itu, ibuayah boleh juga merehatkan minda seketika setelah penat bekerja.



5) Kuala Gandah
Melihat dan mempelajari tentang kehidupan gajah. Tentunya anak-anak rasa kagum melihat gajah-gajah yang terdapat di Kuala Gandah ini. Pasti mereka teruja dan merasa seronok melihat gajah-gajah yang besar itu.



Begitulah serba sedikit tempat percutian yang sesuai buat kanak-kanak. Sebenarnya banyak lagi tempat percutian di negara kita yang boleh dilawati. Cuma perlu luangkan masa, membuatkan perancangan sebaiknya dan rancang perjalanan dengan selamat.

Selamat bercuti buat anda dan keluarga. Walau dimana anda berada utamakanlah keselamatan.

No comments:

Powered by Blogger.