7 Tips Untuk Membawa Bekal ke Pejabat


Dari pagi tadi perut berkeroncong dan cacing pula sudah pun menari tanggo akibat kelaparan. Jadual pula penuh. Dua jam diawal pagi,meeting bersama bos dan dua jam selepas itu, leka membuat kerja tanpa menghiraukan perut yang berkeroncong. Bila tiba saja waktu rehat, riangnya hati tidak terkira.

Makan time!!!!  Marilah kita menjamu selera. 

Pada hari bekerja. Waktu rehat adalah masa untuk bersantai-santai dengan rakan sekerja. Ada masanya membawang dengan isu-isu semasa yang berlaku dipejabat. Ada masanya bercerita tentang isu-isu semasa dan ada ketikanya bercerita tentang anak-anak. Ataupun dikesempatan itulah, masa yang diambil untuk melihat handphone ataupun mengupdate status di Facebook.

Makan bersama kawan-kawan sepejabat semasa rehat. Memang biasa di kalangan mereka yang bekerja. Ada yang pergi di restoren yang berhampiran, warung-warung yang berdekatan. Ada juga yang menikmati makanan di kantin yang di sediakan oleh pihak syarikat.

Waktu rehat selama 40 minit sehingga sejam inilah digunakan sebaiknya. Namun apabila bercerita tentang menu makanan untuk makan tengah hari. 

Apakah yang menjadi pilihan anda.

 Tentang menu, tidak kisahlah apapun masakannya. Asalkan ia mampu mengalas perut sehingga ke petang. Setiap hari makan kat kedai pun, ada juga perasaan jemu itu muncul. Setiap hari makan di kantin tempat bekerja pun, ada juga menu yang tidak menepati selera. Sekali sekala, untuk bertukar selera. Kita rancang untuk bawa bekal ke pejabat. 

Membawa bekal ke pejabat, bukan saja menjimatkan. Malah memberi kepuasan kepada selera kita. Kebersihan makanan itu pun terjamin kerana ianya dari dapur rumah kita. Dan kita sendiri yang menyediakannya. 

Ramai diantara kita sekarang ini, lebih selesa membawa bekalan ke pejabat berbanding makan dikedai-kedai. 

Diantara tips yang boleh dikongsikan bagaimanakah cara mudah bagaiman membawa bekalan makanan dari rumah.

Pertama sekali, anda perlu rancang menu apakah yang ingin dibawa esok untuk ke pejabat. pilihan menu tersebut biarlah bersesuaian. Agar ia mudah dibawa dan tidak mudah tertumpah.

Jika anda ingin memasak diwaktu awal pagi. Sediakanlah bahan-bahan kelengkapan pada waktu malam sebelum tidur. Ataupun jika makanan itu, boleh dimasak pada waktu malamnya. Masak makanan tersebut. dan esokkannya hanya perlu dipanaskan saja.

Seterusnya, pilih menu yang mudah dan ringkasdimasak, bagi menjimatkan masa penyediaan. Kadang-kadang badan pun dah letih, mata pun dah mengantuk. Pastinya menu ringkas dan sedap menjadi pilihan selera.

Untuk memasak diawal pagi, perlulah bangun awal untuk menyediakan makanan tersebut. Ini adalah amat penting iaitu rancang waktu tidur. dan sebaiknya tidur awal dan rancang waktu untuk bangun daripada tidur. Dengan tidur yang mencukupi tidaklah kita akan merasa mengantuk ditempat kerja. 

Untuk terus bersemangat untuk membawa bekal ke tempat kerja, sediakan bekas-bekas yang menarik dan mampu memberi semangat buat diri supaya terus membawa bekalan ke pejabat. Jika ada duit lebih tue, tiada salahnya membeli bekas bekalan makanan yang berjenama, berkualiti dan tahan lama. Disitu akan membuatkan anda terus bersemangat membawa bekal ke pejabat.

Apabila bahan-bahan telah pun disediakan, memasaklah dengan pantas tetapi jaga-jaga pengunaan api ketika memasak. Jangan inginkan segalanya pantas. Ikan atau ayam goreng dikuali menjadi rentung ataupun tidak masak secukupnya. Aspek keselamatan juga harus didtitik beratkan. Jangan akibat ingin semuanya pantas, jari ditangan terluka akibat terkena pisau.

Seterusnya, buang perasaan malu apabila membawa bekal ke pejabat. Apayang nak dimalukan. Kita hanya makan makanan yang kita sendiri dari rumah kita. Kita patutnya berbangga kerana mampu menyediakan makanan seawal pagi. Tak perlu malu membawa bekal ke pejabat kerana kita bukan meminta-minta makanan daripada orang lain..

Oleh kerana itu, 

Jom kita sama-sama membawa bekal ke pejabat. Duit pun jimat, makanan pun terjamin kebersihannya. Kesedapannya pun pasti juga di jamin sebabnya air tangan sendiri dan mengikuti selera sendiri.

Malu diejek oleh kawan-kawan kerana membawa bekalan ke pejabat. Abaikan saja. Yang penting di sini menepati selera kita.Biarkan kawan yang mengata itu. Percayalah satu hari, kawan yang mengata itu pasti ingin juga merasa masakan kita.

Makanan kita, selera kita. Bersatu di dalam sebuah bekas yang dibawa untuk waktu makan tengahari.

Jom bawa bekal ke pejabat.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment