Apabila Rasa Hormat Itu Hilang


Jika tiada lagi rasa hormat.Semuanya akan nampak seperti tidak sopan.
Tiada lagi jernihnya wajah.Yang ada cuma perasaan marah.

Hilangnya perasaan hormat di jalan raya,mencetuskan kemalangan.Hilangnya rasa hormat dari anak kepada ibu bapa.Kesannya anak menjadi bertambah degil lantas berstatus menjadi anak derhaka.

Hilangnya rasa hormat kepada suami ataupun isteri,rumahtangga berantakan menanti masanya untuk runtuh.Hilangnya rasa hormat kepada cikgu di sekolah.Tiada ilmu yang dapat diserap. Ilmu bermanafaat pergi dengan sia-sia.

Betapa pentingnya rasa hormat.Tidak kira siapa pun kita.Ditahap mana kita ketika ini.Diusia berapa kita ketika ini.

Perlu adanya rasa hormat.Perlu dipupuk perasaan hormat menghormati supaya dapat menjadi contoh dan tauladan.Agar dapat menhindarkan persengketaan.Agar dapat kekalkan persaudaraan dan persahabatan.

Begitulah pentingnya perasaan hormat.Tanamkan dari dalam jiwa yang kita ini saling hormat-menghormati.

Perasaan hormat itu adalah sesuatu yang dipupuk secara dalaman dan diaplikasikan secara luaran.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment