Bermulanya Minggu Dengan Isnin




Isnin tiba lagi. Seperti biasa. Menyediakan kelengkapan sekolah anak. Menyediakan baju En Suami untuk pergi kerja. Dan juga kelengkapan sendiri untuk bekerja. Pastinya sehari sebelum Isnin, kena sediakan. Tidaklah menjadi kelam kabut pada pagi Isnin itu. 

Dan dikesempatan yang ada kita cuba curi-curi masa menyiapkan tugasan daripada Kelas Blog Pn Mas Ayu. Alhamdulillah ada juga kesempatannya. Menaip dan merebentuk blog yang baru. Maka inilah hasilnya. Di sinilah bermula kita berkarya.

Bagi Anda Semua Selamat Datang. Di sini saya akan meletakkan perbagai jenis entry bagi memantapkan penulisan saya. Yeah, dunia blogging ini merupakan bidang yang saya minati. Sebab bermain dengan kata-kata. Tapi nak tulis surat cinta yang romantis, Ya, ampun..,Itulah kelemahan yang berganda-ganda payah nak dihilangkan. 

Jadinya, buat anda yang ingin menulis surat cinta yang romantis, pejam mata, bayangkan pasangan anda dan tulis. Haa, gitu.So sweet.

Selamat membaca buat anda semua. Selamat Menulis buat saya semoga terus konsisten menulis dengan konsisten. Buat masa ini, dua blog harus diberi sama perhatian. Yang pertama blog yang baru bertapak ini dan juga vitacergas.com. Semoga ada masa yang terluang buat saya. Doakan saya yea. 

Saya juga turut mendokan kalian supaya berjaya di dalam bidang yang diceburi.


Sehingga bertemu lagi.

No comments:

Powered by Blogger.