Cerita Saya & Cookies



Cerita saya dan cookies. 

Sebelum ini memang saya tidak pernah membuat cookies. Hajat di hati memang ingin membuatnya. Namun, perasaan takut untuk mencuba itu membuatkan niat saya membuat cookies tadi tergendala.

Mungkin mudah bagi orang lain, namun bagi newbie di dalam bidang cookies seperti saya ini. Semuanya dipandang rumit.

Sehinggalah pada suatu hari, saya ternampak seorang peniaga cookies secara online mengiklankan jawatan sebagai pembantu beliau untuk membuat cookies. Tanpa berlengah lagi, terus saja saya menghubungi beliau. Alhamdulillah, Allah sudah tetapkan yang itu rezeki saya.Saya diterima sebagai pembantu beliau. 

 Pada ketika itu, niat saya bukan untuk mendapatkan wang upah namun lebih kepada mahu belajar bagaimanakah caranya untuk membuat cookies.

Sebanyak 5 kali jugalah saya dipanggil untuk membantu beliau. Saya berulang alik dari Puchong ke Putrajaya demi belajar membuat cookies. Semua itu dilakukan kerana minat. Sehinggalah pengusaha cookies tadi membuat keputusan untuk membuka pusat operasinya di Sg Buloh. Di situlah, khidmat saya terhenti dan terhentinya sessi pembelajaran saya bersama pengusaha muda yang berjaya itu.

Namun, minat tidak terhenti disitu, percubaan pertama saya membuat cookies sendiri. Tidak menjadi. Adunan terlebih kembang. Hasilnya cookies menjadi leper dan tidak gebu. 

Chocolate chip pula menjadi cair kerana saya campurkan badam masih panas di dalam adunan.

Walaupun rupa cookiesnya tidak seindah cookies yang lain. Namun ianya tetap mendapat pujian daripada En Suami. Mungkin sengaja nak ambil hati dengan kata-kata manis.

Percubaan kali kedua saya membuat cookies, kerana tidak tahu mengawal api oven. Cookies saya menjadi hangit. Ala-ala rentung. Tapi tak sempat nak rentung. Uolls bayangkanlah.

Janganlah gelakkan saya. Saya ini peminat cookies yang baru belajar membuat cookies. 

Nak dibuang sayang sebab ianya merupakan pembaziran. Saya masukkan kuih yang ala-ala rentung tadi ke dalam botol. 

Tak sampai dua minggu, cookies saya habis licin. Anak-anak pula memuji. Sedap katanya.

Usaha masih diteruskan, sehinggalah percubaan kali ketiga saya membuat cookies.

Kali ini, sudah pandai menentukan api yang sesuai. Kali ini juga susah agak pandai mengukur tahap kelajuan mesin pemutar. Sekali lagi, dek kerana minat. Bersilat semula membuat cookies. Sungguhpun ada pembantu yang mengacau ketenangan semasa membuat cookis ini. Namun ianya bukan halangan.

Maka terhasillah cookies seperti gambar diatas.

Tak sampai seminggu botol yang penuh dengan cookies ini diatas meja. Semuanya habis licin.

 Alhamdulillah cookies yang saya buat pada kali ini menjadi. Sekaligus menjadi kegemaran semua yang berada di dalam rumah ini.

In Sha Allah, jika ada kelapangan saya akan meneruskan lagi usaha membuat cookies. Sehingga benar-benar sedap dan menepati selera meraka yang menikmatinya.

 Benarlah "Practice makes perferct". Kerana pengalaman kita mempelajari sesuatu. Kerana pengalaman juga kita memperolehi ilmu yang berguna.



No comments:

Powered by Blogger.