Hadiah Buat Suami



Sudah lama terniat nak memberikan hadiah untuk membelikan hadiah untuk En Suami. Tetapi tidak tahu dan tidak punya idea untuk belikan apakah jenis hadiah yang sesuai. 

Nak bertanya..Kesudahannya tak surprise pula nanti

Saya simpan dulu hasrat itu.Pendam dulu dalam hati. Sambil-sambil itu, bolehlah kumpul duit.

Pada suatu hari,saya terdengar En Suami berkata pada anak saya yang sulung. " Abah,nak beli jamlah kakak". 

Yes...dah dapat satu idea.Belikan jam untuk En Suami saya.Kita tunggu masa yang sesuai pula untuk membeli jam tersebut. Jika pergi beli bersama nanti tidak ada pula unsur-unsur surprise itu.

Maka,selepas balik kerja.Kita singgah berhenti di kedai jam.Nasib baiklah banyak pilihan jam terdapat di kedai tersebut.Tokey kedai pun ramah mesra penguna.

Rambang mata dibuatnya melihat jam-jam yang terpamer dari dalam cermin.Cari punya cari.

Akhir sekali jumpa juga yang berkenan dihati. Talinya berwarna coklat,ada sedikit campuran warna hitam. Rasa-rasanya sesuai dengan tangan En Suami.

Setelah siap dibungkus,saya pun terus balik ke rumah.Buat seperti biasa, seperti tiada apa yang terjadi. Nak kecoh-kecoh nanti misi surprise,tak berjaya pula.

Setelah sahaja solat Maghrib,terus saja saya berikan hadiah tersebut pada En Suami.Nampak selamba je.Nak cover terperanjatlah tue.

Tetapi apabila melihatkan jam yang terdapat didalam kotak.Terus En Suami senyum gembira. Di ucapkannya terima kasih beserta ciuman.

Tiada yang paling seronok apabila melihatkan insan kesayangan kita gembira.Selesai  sudah misi Surprise buat En Suami.

Semoga Allah  memberikan saya Kesihatan yang baik dan rezeki yang baik. Agar dapat terus mengembirakan insan-insan kesayangan disekeliling saya. Amin...

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment