Hutang Oh Hutang!!



Hutang oh Hutang...

Alangkah indahnya hidup jika bebas dari hutang. Apabila berhutang membuatkan tidur malam terganggu. Menjadikan perasaan gelisah dan buntu. Jika tiada hutang terasa kebebasan hidup yang sebenar.

Rahsia hidup tenang adalah bebas daripada hutang. Kebiasaannya hutanglah menjadi pengikat utama kepada komitment bulanan kita. Hutang pula ada yang boleh memberi manafaat dan ada juga yang boleh menjerat diri. Pilihan cara berhutang ada ditangan kita. 

Berhutang yang menjerat diri adalah seperti meminjam wang daripada Ah-long. Moga dijauhkan dari diri kita dan keluarga.

Hutang yang memberi manafaat pula adalah hutang bayaran bulanan rumah yang dibeli untuk disewakan. Pilihan di dalam berhutang. Maka, fikir-fikirkanlah sebelum berhutang.

Jika berhutang dengan sesiapa saja, bayarlah semula. Mungkin kawan yang memberikan kita pinjaman tadi sedang memerlukan wang. Jika tidak dapat membuat bayaran penuh. Bayarlah secara beransur-ansur mungkin kawan kita tadi akan faham. Dengan itu, persahabatan pun semakin erat terjalin. Tidaklah persahabatan tadi terputus dek kerana hutang.

Pendek kata, jangan ditangguhkan apabila membayar hutang. Usah dibiarkan hutang membelenggu diri. Seterusnya menjerat diri dengan hutang piutang yang bertimbun.

Kawal diri, kawal perbelanjaan. Hidup secara sederhana. Pasti kita akan bebas dari hutang piutang yang membebankan. Apabila tiada hutang, tidur malam pun tidak terganggu. 

Pendapatan yang sedikit itu terasa banyaknya.Asalkan hidup tiada hutang. senyuman boleh meleret sehingga ke telinga.

Niat dihati, nak hapuskan hutang kereta, kemudian barulah hutang rumah. Biarlah hidup ini bebas dari belenggu hutang. Kerana inginkan kedamaian bukannya kekusutan akibat hutang.

No comments:

Powered by Blogger.