Jadual Harian Mama Yang Bekerja



Apabila menjadi seorang isteri dan juga seorang mama. Pastinya ada tanggungjawab yang di galas. Di tambah pula menjadi seorang pekerja. Membuatkan masa benar- benar terikat.

Demi tuntutan kerjaya, demi keluarga tercinta dan juga demi kesayangan hati iaitu anak-anak. 

Sememangnya mempunyai jadual harian yang padat. Kadang-kadang tidak sempat rasanya untuk berlengah-lengah.Bermula daripada seawal pagi sehinggalah malam harinya.

Inilah dia rutin harian.....

5.15 pagi   - Bangun kemas rumah, sediakan sarapan
5.45 pagi   - Mandi dan solat subuh
6.20 pagi  - Siapkan anak- anak ke sekolah & sarapan 
6.40 pagi  - Keluar dari rumah, hantar anak ke sekolah, melangkah pergi ke tempat kerja
7.35 pagi  - Sampai ke pejabat
8.00 pagi - Mula bekerja
6.15 petang - Melangkah balik ke rumah

Apabila sampai ke rumah, waktu sudahpun mula menghampiri Maghrib. Tanggal saja tudung di kepala. Menyinsing pula lengan baju, tangan terus saja mencapai kuali dan periuk untuk menyediakan hidangan makan malam.

Bukan tidak mahu makan di kedai. Sekali sekala memang terasa nikmatnya makan di kedai. Terasa keenakkannya tetapi apabila lama kelamaan. Selera menjadi buntu. Tidak tahu menu apalagi yang harus dipesan. Kadangkala harganya pula tidak setimpal dengan masakan yang di hasilkan.

Lebih baiklah masak sendiri. Lebih puas hati. Walaupun hanya sepinggan nasi panas bersama telur dadar dan ikan bilis goreng bersama hirisan bawang dan cili padi. Ditambah pula bersama kicap lemak-lemak manis. Sangat menyelerakan dan sedap dinikmati.

Solat Mahgrib terlebih dahulu, kemudian menyambung semula aktiviti memasak dan makan bersama ahli keluarga. Selepas makan. Ada lagi tugasan yang menanti. Kemaskan pula dapur yang berkecah semasa memasak tadi.

Selepas itu, barulah ada sedikit masa bersama anak-anak dan diri sendiri. Tanpa berlengah, Solat Isyak pula menanti. Masa berputar pantas, jam di dinding menunjukkan hampir menghampiri 9.15 malam. Badan pula minta direhatkan. Sudah tibanya masa untuk tidur.

Sekian kalinya, Bersambung lagi aktiviti untuk keesokkan hari yang menanti.

Begitulah serba sedikit ringkasan jadual harian mama yang bekerja. Sememangnya terasa masa pantas berlalu. Tiada lagi masa untuk menonton drama-drama bersiri ataupun cerita larut malam. Di mana perubahan masa berlalu. Anak-anak, keluarga dan kesihatan diri lebih menjadi keutamaan.

Inilah perjalanan hidup yang dilalui hari berganti hari. Di dalam kesibukan menguruskan kerjaya, keluarga dan diri. Ianya mematangkan diri. Mengajar tentang pengurusan masa dan tanggungjawab.

Semoga diri ini terus kuat dan sihat demi melihat keluarga ini bahagia dan anak-anak membesar dengan soleh dan solehah.

No comments:

Powered by Blogger.