Jasa Baik yang Dikenang


Jasa yang baik pastinya akan dikenang dan disebut-sebut sentiasa. Kerana itulah ada pepatah melayu yang mengatakan "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama"
Oleh kerana itu, tinggalkanlah nama baik kepada keluarga dan masyarakat setempat. Usah difikirkan balasan semasa berbuat baik tetapi lakukanlah ianya dengan seikhlas hati.

Pasti juga mendapat balasan pahala daripada Allah swt.

Berbuat baik dibalas dengan baik begitulah juga sebaliknya. Tiada salahnya berbuat baik sesama manusia. Kerana ajaran Islam itu sendiri menuntut umatnya berbuat baik sesama manusia.




Jauhkan persengketaan. Usah di remehkan kekurangan yang ada pada manusia lain kerana kita cuma hamba disisi Allah swt. Di pandangnya kita sama sahaja yang berbezanya adalah amalan kita.

Jasa yang baik juga akan dikenang orang. Mungkin tiada yang menghargai ketika hidup ini. Apabila perginya kita, pasti akan dikenang juga jasa yang baik yang ditaburkan dengan ikhlas itu.

Perbetulkan niat di dalam membuat jasa yang baik. Niat ingin membantu, niat ingin menolong kerana Allah swt. Jauhkan diri dari niat ingin menunjuk-nunjuk atamupun riak kerana itu tidak disukai manusia. Allah juga tidak menyukai niat tersebut.

Usah fikirkan apa tanggapan manusia kepada kita. Yang paling utama adalah pandangan Allah kepada kita.

Jasa yang baik akan dikenang sentiasa walaupun jasad terkubur di perbaringan. Hidup adalah untuk menabur bakti dan dicurahkan jasa. Bukan untuk mengata, menghina ataupun permusuhan sesama sendiri.

Berjasalah kita pasti ada yang berjasa kepada kita suatu hari nanti...............

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment