Kundang Asam Boi Yang Mengiurkan




Apabila dapat tahu ada yang menjual jeruk kundang Asam boi.Terus saja, saya membuat pesanan.

Tak tanya pun tentang harga sebabnya sudah terbayang rasa keenakkan buah kundang yang telah dijerukkan bersama Asam boi.

Jangan salah faham ye.Saya bukannya mengidam.Cuma seorang pengemar buah-buahan tempatan.Lebih-lebih lagi buah Kundang.

Buah yang jarang-jarang didapati.Hanya musim-musim tertentu sahaja boleh didapati buah kundang ini.

Apabila terima saja sebekas jeruk kundang bersama Asam boi ini.Tampa berlengah lagi.Diambil satu.Kemudian satu lagi.Sehingga seterusnya. Sehinggakan tidak sedar sudah tinggal separuh bekas.

Simpan sikit untuk esok.Hahaha pujuk hati.Tak sempat tunggu keesokkannya.Malam itu juga habis do makan.

Memang sedap dan sangat sedap Kundang Asam boi ini.Jika terjumpa orang yang menjual Kundang nanti bolehlah dibuat sendiri.Lebih banyak dan puas hati.

Boleh makan sepuas-puasnya sehongga sakit perut.Hehehehe..

Begitulah cerita jeruk Kundang Asam boi yang menggiurkan.Peniaga semakin kreatif sehinggakan berbagai inovasi telah tercipta.

No comments:

Powered by Blogger.