Maggie Asam Laksa Yang Menyelerakan



Apabila tekak terasa pahit. Tidak berselera untuk makan.Badan pula seperti seakan mahu demam.

Perut pula sudah berkeroncong. Tidak tahu apakah yang sedap untuk dimakan.

Tiba-tiba ternampak sebungkus Maggie Asam Laksa di dalam almari.Sedap juga rasanya jika menikmati semangkuk Maggie.

Siapa yang tak kenal pada makanan sampingan yang ini.Dari dulu sehingga kini.Jenama ini terus ada dipasaran.Mee segera yang sedap tetapi tidak boleh dimakan selalu.Mudah dimasak,sedap dimakan.

Didihkan sedikit air,apabila air mendidih masukkan mee segera dan bahan perasa.Untuk lebih pedas,tambahkan potongan cili padi.Berasap baunya pun menyelerakan.

Dengan rasa sedikit masam-masam dan pedas dari Maggie Asam Laksa ini.Ianya membuka selera yang tadi kebuntuan.

Alhamdulillah kenyang.Badan yang agak-agak sejuk tadi kembali berpeluh.Mungkin terperanjat akibat makan Maggie diwaktu ini.

Maggie juga merupakan makanan popular untuk budak hostel.Siapa yang pernah duduk hostel pasti punya kenangan makan Maggie bersama rakan-rakan.

Begitulah cerita Maggie Asam Laksa yang menyelerakan.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment