Mengapa Cerita Hindustan Lebih di Minati



Filem hindustan.Pasti ramai yang meminatinya.Walaupun di ulang tayang beberapa kali.Tetap ada penontonnya.Cuma saya saja yang kurang berminat untuk menonton cerita Hindustan.

Kurang berminat? Bukan tidak menonton terus tetapi cuma jarang-jarang menonton drama hindustann.

Cuma ada satu cerita Hindustan yang yang menjadi kegemaran saya.Iaitu cerita "Mann".Lakonan Amir Khan. Ceritanya mengenai sebuah kesetiaan dalam percintaan.

Berbalik kepada persoalan kenapa lebih ramai diantara kita lebij meminati filem Hindustan.Diantara sebabnya adalah

Ianya berunsur kekeluargaan.Cerita tentang rasa hormat anak kepada ayah.Kasih sayang ibu kepada Anak.Cuba perhatikan,tentunya ada sedikit unsur kekeluargaan di dalam setiap filem yang anda tonton.

Disamping itu,filem hindustan juga sarat dengan emosi.Ada unsur sedih,gembira,kasih sayang,percintaan.Semuanya melibatkan emosi.

Kadang-kadang tersentuh hati dibuatnya.Sebab itulah ada yang menitiskan air mata apabila menonton filem Hindustan.

Dipertengahan cerita pula,diselangi dengan muzik dan lagu-lagu yang sedap didengar.Sehinggakan ada berpuluhan penari tambahan.

Kerana lagu ada yang meminati sesuah filem Hindustan itu.Ada juga yang sanggup menghafal lagu-lagu tersebut.

Ditambah pula,pelakon-pelakon Hindustan yang ensem dan cantik.Sebagai bonus tambahan,pelakon yang kelihatan seksi lagi bergaya.Sememangnya terpaku mata melihatnya.

Begitulah sedikit pandangan saya mengenai filem hindustan. Seterusnya ianya menjadi sebab mengapa filem Hindustan lebih diminati.

Anda ingin menonton drama Hindustan setiap minggu.Tonton saja TV3 setiap petang sabtu.



Selamat menonton drama atau filem kegemaran anda.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment