Popia Cheese Yang Ranggup Lagi Ohsem



Popia Cheese, Popia Cheese.Popia Cheese Kemabali lagi.

Itulah dia popia cheese yang ranggup lagi ohsem. Inilah kuih kudapan yang saya jual pada hari raya pada tahun lepas. Alhamdulillah sambutannya amat mengalakkan. Habis terjual hampir 150 botol. Jenuh jugalah mengulung kulit popia satu per satu. Namun, demi pelanggan yang dikasihi lagi dihormati. Saya rela melakukannya. Kerana kepuasaan pelanggan adalah keutamaan saya.

Sehinggakan suami pun turut membantu. Walaupun hanya sebentar, namun saya hargai pertolongannya.

Part yang paling best ketika menjual popia cheese pada kali ini, apabila dapat bertemu seorang kawan lama yang bernama Bahariah. Beliau merupakan kawan sekelas semasa tingkatan 3. Setelah hampir berpuluh tahun tidak berjumpa. 

Namun, apabila beliau menempah 2 botol popia cheese daripada saya. Perasaan gembira itu timbul. Bukan kerana jualan popia cheese yang laris tetapi gembira dapat bertemu kawan lama. Ketika itulah, sanggup saya menghantar sendiri tempahan beliau. dapat jugalah bersembang. Bertukar-tukar cerita dan berkongsi pengalaman. 

Begitulah seronoknya berniaga. Bukan hanya mengaut keuntungan yang difikirkan malah ianya merapatkan persahabatan yang telah lama terpisah. 

Popia cheese yang ranggup lagi ohsem ini, bukan saja boleh di dapati pada musim perayaan. Sekiranya anda ingin menempah popia cheese yang ranggup lagi ohsem ini. Saya sudi menyediakannya buat anda. 

Bagi yang ingin membuat tempahan bolehlah membuat tempahan awal. In sha Allah, saya akan menyediakan tempahan anda sebaik mungkin di dalam yang ditetapkan.

Popia cheese yang ranggup lagi ohsem ini bukan saja sesuai dibuat sebagai kuih raya, tetapi juga sebagai kudap-kudapan semasa menonton TV, bersembang-sembang dengan rakan ataupun jiran ataupun ketika berehat bersama keluarga. Rasanya yang ranggup, kaya dengan serbuk cheese membuatkan anda tidak menyesal menikmatinya.



In Sha Allah, raya tahun 2017 ini, saya akan kembali berjualan popia cheese ini dengan kualiti dan mutunya dipertingkatkan daripada tahun yang lepas. Semoga jualan popia cheese saya pada tahun ini mampu mencecah 300 botol.

Begitulah tingginya harapan di dalam perniagaan yang satu ini. Semoga Dipermudahkan urusan saya dan anda semua. Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah jua sebaik-baik penentu.

Sehingga bertemu lagi. Nak order popia cheese yang ranggup lagi ohsem, Silalah tinggalkan komen anda di sini yea.

No comments:

Powered by Blogger.