Ringkasan E-book Asas Blog & Penulisan


Sememangnya membaca E-Book tidak sama dengan membaca buku fizikal. Pertama sekali saya membacanya. Saya tidak faham dengan apa yang diperkatakan. Sehinggalah saya baca kali kedua. Ya, kini baru saya faham apa yang ingin di sampaikan oleh penulis.

Banyak point-point yang menarik di dalam e-book ini. Selama ini saya menulis blog hanya terlalu fokuskan bilangan pelawat di blog saya sehinggakan terlupa apakah yang diinginkan oleh pembaca.

Perkara yang ditekankan disini adalah cara penulisan entry itu sendiri. Entry yang dibuat haruslah berinformatif dan mesra pembaca. Dari situlah datangnya pembaca yang singgah membaca di blog-blog kita.

Dengan adanya penulisan yang santai dan banyak memberi pengajaran adalah faktor utama menjadikan blog tersebut semakin diminati.

Dari pembacaan saya, blog merupakan hasil-hasil koleksi tulisan yang bermanafaat. Daripada koleksi itulah digabungkan ke dalam sebuah buku. Maka terhasillah e-book. Siapa tahu, coretan saya akan datang boleh menghasilkan sebuah e-book. Pasti ianya menjadi kepuasan pada saya.

Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan Kak Mas di dalam kelas penulisan blog ini.Memberi peluang kepada saya untuk mengembangkan lagi bakat di dalam bidang blogger ini. Cuma tindakan dari saya sendiri yang perlu dipraktikkan. Iaitu menulis secara konsisten.

Pembacaan daripada E-book ini memberi pendedahan kepada saya bagaimana caranya untuk menulis secara konsisten dan istiqamah. In Sha Allah, saya akan terus menulis dan mengemaskinikan penulisan saya sehinggalah mengahsilkan e-book garapan daripada idea sendiri.

Siapa tahu dengan langkah yang kecil ini, mampu menjadikan saya seorang penulis yang berbakat. Doakan saya yea.

E-book yang wajib dibaca buat anda yang ingin bergelar blogger.

No comments:

Powered by Blogger.