Ringkasan E-book Inspirasi Bekerja Dari Rumah



Apabila sudah mempunyai anak. Cita-cita sudah mula berubah. Jika boleh ingin membesarkan anak dengan tangan sendiri serta melihat mereka membesar dengan sempurna. Menguruskan anak-anak sendiri. Memasak makanan kegemaran mereka. Menghantar, menjemput mereka sewaktu pergi dan balik ke sekolah. Itulah impian bagi wanita yang bekerja seperti saya.

Apabila saya membaca buku e-book Inspirasi Bekerja Dari Rumah ini. Berbunga-bunga hati membacanya. Teringin menjadi seperti mereka yang ditulis di dalam helaian e-book tersebut. Di dalam e-book ini mempunyai banyak manafaat dan motivasi.

Selepas membaca buku ini, ianya benar-benar menjadi inspirasi kepada saya. Ianya membuka mata dan minda. Yang mana rezeki darangnya daripada usaha yang jitu. Perasaan yang cekal dan usaha yang tanpa henti. Demi sesuap nasi dan kehidupan.

Syabas buat ibu-ibu yang terpilih untuk kisahnya dibukukan didalam e-book ini. Ianya membuatkan saya benar-benar terinspirasi.

Bukan mudah sebenarnya menguruskan rumah tangga, perniagaan, menguruskan anak-anak.Namun kejayaan yang dipaparkan memberikan semangat baru pada saya.

Rezeki tetap ada walaupun bukan hanya bekerja. Yang perlu ada adalah perancangan perniagaan yang tersusun. Itulah yang membuatkan perniagaan dari rumah itu berjaya.

Bekerja dari rumah memerlukan sokongan dari semua, usaha yang berterusan, perancangan yang baik dan teratur. Tanpa kesemuanya tadi, ianya tidak akan menjadi.

Percayalah, e-book ini amat sesuai buat anda yang bercita-cita untuk menjadi "Work at Home MOther" sebagai inspirasi. Tiada salahnya menjadi suri rumah, asalkan tahu mengurus kewangan, perniagaan. Sememangnya perniagaan boleh menjana income tidak kira di mana anda berada kerana teknologi hanya dihujung jari.


No comments:

Powered by Blogger.