Sabar itu Indah



Sabar itu Indah. Walaupun payah nak dilaksanakan. Tidak semudah kata-kata.
Sungguhpun payah, didiklah hati supaya bersabar. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.

Tanpa perasaan sabar. Membuatkan diri menjadi lebih terburu-buru. Nampak seperti tergesa-gesa di dalam melakukan sesuatu. Hadiah selepas kesabaran itu adalah kejayaan. 

Berjaya mendidik hati dengan perasaan sabar merupakan tarbiah diri. Dengan perbagai halangan dan dugaan yang ditempuhi. Dengan perasaan sabar, dapat mematahkan perasaan putus asa. Lantas kaki akan terus melangkah dengan penuh keyakinan.

Tanamkanlah sifat sabar dari dalam diri kerana sabar itu indah. Allah bersama dengan mereka yang sabar. Ada hikmah disebalik kejadian yang terjadi. Ianya mengajarkan kita erti sabar yang sebenar-benarnya.

Carilah perasaan sabar dari dalam diri. Agar kesabaran sentiasa terpupuk dan terpelihara. Temani jiwa dengan perasaan sabar kerana sabar itu indah. Seindah mata yang memandang lautan biru. 

Sampai waktu dan masanya perasaan sabar pasti menjadi teman yang setia buat diri.Perkukuhkan kesabaran diri demi kelansungan hidup, 

Bersabarlah duhai hati, kita hanya merancang. Allah jua sebaik-baik penentu. Andai begitu takdirnya. Percayalah rahmat Allah pasti ada buat kita. Mustahil hujan akan berterusan. Selepas hujan pasti sinar mentari muncul kembali.

Disitulah akan terukirnya senyuman yang menjadi hadiah kerana sifat sabar yang dipendam selama ini.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment