Tempahan Baju Yang Semakin Mahal



Survey-survey harga tempahan baju.Alamak mahalnya.
Sepasang tempahan baju kurung saja sudah mencecah harga RM65.Ini belum lagi termasuk harga kain.

Itu baru saja baju kurung.Belum lagi baju-baju fesyen yang lain.

Harus diingatkan bahawa harga kos barangan jahitan pun meningkat naik. Disebabkan itulah harga tempahan baju turut sama mengalami kenaikan harga.

Sebenarnya, sudah lama tak menempah baju.Kerana itulah terperanjat dibuatnya, apabila harga tempahan baju semakin mahal. Kebiasaannya beli saja baju yang sudah siap ataupun dalam erti kata lain baju "ready-made".

Sebagai penguna, kadangkala harga diletakkan sebagai perkara kedua. Yang penting adalah kualiti jahitan itu sendiri. Jika jahitannya kemas dan baju yang dihasilkan selesa dipakai. Pendek kata berpuashati. Tentunya harga bukan menjadi suatu masalah.

Bagi anda yang ingin menempah baju raya, sudah bolehlah mencari kain pasang yang diidamkan. Ini adalah masa yang sesuai. Jika terlambat nanti.  Kedai-kedai jahitan pasti akan menolak permintaan anda. Biasalah, waktu-waktu puasa dan musim perayaan kedai-kedai jahitan merupakan tumpuan utama.

Beruntung mereka yang pandai menjahit. Tidak perlu lagi menempah baju. Buatkan saja untuk diri sendiri. Hehehe. Senang tak perlu lagi  mencari kedai-kedai jahit yang perkenan dihati.
Apabila skill sudahpun mantap, boleh juga buka kedai jahitan sendiri. Upah pula dua orang pekerja sebagai pembantu. Sekaligus sudahpun menjadi ahli perniagaan.

Menjahit bukannya perkara yang mudah. Perlukan minat dan kesabaran. Rasanya tanpa kedua faktor ini, pasti jahitan tidak akan menjadi. Sebab itulah saya ini tidak pandai menjahit sebabnya tiada mempunyai minat ke arah bidang jahitan.

Jadinya, kawan-kawan yang mempunyai minat menjahit. Teruskan usaha ye. In Sha Allah dengan izin Allah suatu hari nanti anda berjaya membuka kedai jahit sendiri. Apabila dah buka kedai jahit, war-warlah kepada saya. In Sha Allah, saya akan datang untuk menempah baju.

Selamat menjahit buat anda yang meminati bidang jahitan. Kemahiran yang anda miliki adalah suatu kebolehan yang merupakan anugerah terbaik.

No comments:

Powered by Blogger.