3 Hidangan Mee Yang Membuka Selera

Sesekali kita bertukar selera pula..Setiap hari makan nasi jea..Hari nie kita cuba juadah lain pula..
Hidangan berasaskan mee kuning.

Mencari kelainan daripada menikmati juadah yang menjadi kebiasaan.

Jom kita masak hidangan berasaskan mee pula..Sebenarnya berbagai juadah boleh disediakan berasaskan mee.

Namun resepi pilihan hati kali ini adalah mee rebus,mee udang  dan juga mee bandung.

Pastinya akan membuka selera dan dapat membuka selera jika dinikmati bersama-sama ahli keluarga yang lain.

Ketiga-tiga juadah mee ini sesuai dihidangkan pada bila-bila masa..Jika dihidangkan semasa hari raya, pastinya menjadi pilihan tetamu yang berziarah 

Jika dihidangkan semasa potluck, pastinya akan membuatkan kawan-kawan seangkatan gembira

Sekiranya dihidangkan dihujung minggu dan dinikmati bersama keluarga. Pastinya anak-anak dan ahli keluarga yang lain gembira menikmatinya. 

Resepi Mee Rebus
Bahan-bahan
1paket mee kuning-dicelur 
15-20 ulas cili kering -dikisar
4 ulas bawang besar -dikisar
2 ulas bawang putih -dikisar
4 inci halia-dikisar
4 batang serai -dikisar
50gm udang kering -dikisar
3 biji keledek merah atau kuning-dikisar
1 kiub ayam sebagai bahan perasa

Untuk hiasan 
Taugeh
Telur Rebus
Bawang goreng
Cili hijau-dihiris
Hirisan limau kasturi 
Hirisan daun sup

Cara-caranya
Masukkan kesemua bahan bawang,serai,cili kering dan udang kering yang dikisar tadi dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan air secukupnya dan biarkan hingga mendidih.
Setelah mendidih  masukkan keledek dan biarkan ianya mendidih.
Kemudian,perasakan dengan garam dan kiub ayam.
Biarkan mendidih dan angkat.
Hidangkan bersama mee dan bahan hiasan.

Resepi Mee Bandung
Bahan-bahan 
1 paket mee kuning-dicelur
200gm udang diambil isinya dan dikisar
1 sudu udang kering 
4 sudu tepung jagung
15-20 ulas cili kering-dikisar
3 biji bawang besar -dikisar
4 biji bawang putih -dikisar

Bahan hiasan
Sawi -dicelur
1 biji telur
Hirisan cili merah
Bawang goreng
Daun sup

Cara-caranya..
Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar.Biarkan masak seketika dan masak sehingga garing 
Masukkan air,air udang,udang kering,garam,gula dan perasa. 
Masak sehingga kuah mendidih dan kacau rata.
Masukkan tepung jagung dan biarkan mendidih.
Masukkan telur dan tutup api

Mee Udang
1kg Mee kuning -dicelur
1/2 kg udang besar
10-15 tangkai cili kering-dikisar
2 biji bawang besar-dikisar
2 ulas bawang putih-dikisar
2cm belacan
3 sudu makan apa cili
2 sudu makan sos tomato
1/2 makan gula pasir 
Air secukupnya..

Bahan Hiasan
4 batang sawi -dicelur
Taugeh-dicelur
Daun bawang-dihiris 
Daun sup-dihiris 
2 keping tauhu-digoreng dan dipotong nipis.
Hirisan lada besar.
Limau kasturi 
Bawang goreng

Cara-caranya
Rebus udang terlebih dahulu.Kemudian toskan airnya dan asingkan ketepi 
Ambil kepala udang dan pusar.Gunakan air kepala udang untuk disatuka dengan air ratusan yang sedia ada.
Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga wangi 
Kemudian masoklan air rebusan udang yang telah disimpan tadi
Masukkan sos cili,sos tomato,serbuk perasa,gula dan garam secukup rasa.
Tunggu sehingga kuah mengelegak dan masak.

Letakkan mee,taugeh,bawang goreng,hirisan tauhu dan daun sup ke dalam mangkuk. Dan tuangkan kuah mee udang tadi.
Sedia dinikmati.

Selamat mencuba resepi-resepi diatas ya.




About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment