Jatuh Bangun Itu Rencah Kehidupan




Setiap hari pastinya ada liku-liku kehidupan yang kita lalui. Samaada kita berkeinginan atau tidak, Samaada kita suka atau tidak.
Ataupun samada kita rela atau tidak merelakan.

Ia hadir dengan perasaan yang bercampur baur. Perasaan itu datang dan pergi.
Ada ketikanya perasaan sedih itu muncul.
Ada ketikanya juga, kita pasrah dan redha saja dengan apa yang terjadi.

Kadangkala pula disebabkan oleh manusia lain, diri kita menjadi bahan fitnah.
Ada ketikanya juga, kita menjadi bahan cacian dan juga umpatan daripada mulut-mulut manusia yang jahat.

Berbagai tohmana yang dilemparkan pada kita. Seolah-olah hnaya kita saja yang bersalah dan banyak melakukan kesalahan yang tidak dapat dimaafkan lagi.

Ianya menyebabkan kita sedih, lelah dan juga berputus asa. Air mata mengalir sebagai peneman kesedihan.

Laju air mata mengalir keluar kerana hati terlalu sedih dan sedih.

Saat itu, hanya Allah saja yang mengerti perasaan yang terbuku dijiwa.
Hanya Allah jualah tempat mengadu dan bercerita segalanya.
Rakan baik menjadi tempat meluah rasa dan bercerita.

Hanya ketabahan hati saja yang dipohon pada ketika itu.

Tikar sejadah dan Al-quran menjadi sumber ketenangan

Ingatlah, langit tidak sentiasa mendung.. Hujan pula akan berhenti apabila tiba masanya.
Dan apabila tiba masanya, mendung pasti akan berarak pergi...
Setelah semua yang pahit kita lalui..

Setelah hujan, matahari kembali bersinar. Ia datang bersama pelangi yang indah.
Lantas mewujudkan ceria.

Pasti akan tiba waktunya untuk kita mengubati segala rasa kesedihan yang dialami.

Perasaan yang gembira, seronok lagi bahagia dan tenang. Akhirnya, muncul juga setelah berlaku berbagai-bagai peristiwa tidak diingini.

Perasaan yang dialami inilah dinamakan sebagai rencah kehidupan.

Tanpa rencah kehidupan ini, mugkin kosong kehidupan seharian yang kita lalui.
Rencah kehidpan yang membuatkan kehidupan ini dilalui dengan rasa lebih bermakna dan berharga.

Ia menjadikan kita lebih berhati-hati didalam meniti hari-hari seterusnya.
Mengajar kita lebih mengenali antara satu sama lain.

Pengalaman yang boleh dipelajari dan boleh diteladani di sepanjang perjalanan kehidupan.

Bayangkan masakan tanpa garam. Pasti tidak berselera menikmatinya. Walaupun ianya kelihatan menarik tpi tanpa kehadiran garam yang menjadi rencah tadi. Ianya tetap tidak dapat membuka selera.

Minuman pula tanpa gula.
Pastinya tawar dan hambar.
Begitulah sinonimnya perasaan yang kita lalui didalam kehidupan. 

Sudah menjadi lumrah kehidupan.

Kita akan diuji dan terus diuji. Kerana Allah ingin melihat kesabaran kita didalam menghadapi ujian hidup.

Maka sebagai hamba Allah yang serba lemah ini.
Kita hanya perlu laluinya dengan Sabar, Tawakal dan Redha.

Praktis dan amalkan tiga perkara ini tanpa jemu.Titipkan ia disanubari.

Walau lelah datang menghampiri. Walau berbagai dugaan datang menjelma. Pujuklah hati agar bersabar dan sabar menempuhi dengan. Adakalanya , Memang payah untuk bersabar.

Ya, kadang-kala terlalu susah lagi payah untuk bersabar. Tidak semudah yang diperkatakan.
Namun, Sabarlah antara ubat yang palong mujarab di dalam menumpuhi kehidupan.

Sabar bukan bermaksud mengalah. Tetapi mendidik diri bersabar menjadikan kita jaguh di dalam melawan perasaan.

Letakkan tangan kanan di dada, dan berkatalah..
Bersabarlah duhai hati, ini hanya ujian kecil buat kita. Pasti esok atau lusa dan hari seterusnya, diri iniakan tenang dan gembira serta bahagia..
Bersabarlah hati.
Bersabarlah hati.. Dengan dugaan yang allah pinjamkan ini..
Ada hadiah dan ganjaran yang sedang menanti kdisebakan ujian ini.
Allah sedang menyediakan ganjaran terhebat buat kita didalam menumphi dugaan ini.
.
Setelah melalui segala yang pahit dan manis di dalam kehidupan seharian. Rendah kehidupan menjadi  berbagai rasa dan perisa.

Pasti kehidupan lebih bermakna untuk dilalui. Belajar menghargai kehidupan walau dalam apa jua situasi yang dihadapi.

Perjalanan hidup yang pastinya menempuh berbagai rencah kehidupan. Ianya mengajar kita lebih dewasa melalui pengalaman.

Menjadikan kita lebih menghargai sesuatu yang dinamakan pengalaman. Membuatkan diri lebih kuat, sabar dan tabah didalam meneruskan perjalanan.

Selagi nyawa dikandung badan, laluilah berbagai rencah kehidupan kerana ianya mematangkan diri lantas mendidik diri.
Usah terkesan dengan perasaan sedih, hampa dan kecewa kerana tibanya masanya ianya kan berlalu pergi juga..



No comments:

Powered by Blogger.