Kawan Makan Kawan


Kawan makan kawan.

Ada kawan diibaratkan seperti duit syiling..Didepan kita berlainan cakapnya..Dan dibelakang kita berlainan pula cakapnya..Bahaya sekiranya mempunyai kawan sebegini.
Didalam diam, pasti satu hari nanti dipercayai sanggup menikam dibelakang kita.

Lebih teruk lagi apabila kawan tadi sanggup mengumpat,mengadu domba dan menyebarkan cerita keburukan serta menyebarkan fitnah tentang kita.

Sungguh tak sangkakan, ada kawan yang yang sebegini. 

Didalam tidak kita sedari, sudah tersebar keburukan tentang kita.Dan lama kelamaan fitnah itu makin berleluasa.

Beginikah ciri-ciri kawan yang kita cari selama ini?

Sekiranya memiliki kawan sebegini adakah akan tenang hidup kita nanti?

Ada kawan pula boleh diibaratkan seperti lilin.Bagusnya memiliki kawan sebegini sanggup bersama kita disaat susah dan senang.

Sewaktu gembira,kawan ini sentiasa bersama.Disaat bersedih juga, dia sanggup menumpangkan bahu untuk kita menangis.

Kawan yang menjadi tempat bercerita, meluahkan segala rasa dan berkongsi segala suka dan duka.Seandainya sesuatu terjadi, cubit peha kiri,peha kanan pasti terasa.Begitu juga, jika cubit peha kanan,peha kiri pula terasa sakitnya.

Alangkah bahagianya dapat kawan sebegini.Saling memahami antara satu sama lain dan saling nasihat menasihati antara satu sama lain.

Sekiranya mempunyai kawan yang sebegini peliharalah persahabatan tadi sebaiknya kerana bukan mudah untuk memperoleh seorang kawan yang baik serta memahami.

Sangat beruntung mereka yang mempunyai kawan yang baik dan jujur dalam persahabatan.Bukan mudah untuk memperoleh kawan yang baik. Mungkin didalam 1000 kawan yang kita ada.Cuma seorang atau dua sahaja yang sesuai menjadi kawan baik.

Secara realitinya, ada juga kawan yang sanggup mengkhianati persahabatan atau dalam erti kata lain kawan makan kawan.

Situasi inilah yang paling bahaya didalam persahabatan. Suka atau tidak.Kita terpaksa berhadapan dengannya.

Sekiranya ada kawan makan kawan didalam sebuah kerja berpasukan.Ianya akan membuatkan pasukan tadi menjadi pincang dan tiada lagi kepercayaan diantara ahlinya.

Ada kawan yang sanggup menikam dari belakang ini akan mencetuskan perbalahan .Malah lebih teruk,tiada kerjasama akan dapat dijalinkan.

Kenapa terjadinya kawan makan kawan?
Adakah kerana hasad atau cemburu dihati?
Kenapa kita sanggup makan kawan kita sendiri?
Kenapa kita sanggup merosakan kepercayaan didalam sebuah persahabatan?
Apa silapnya kawan kita tadi sehingga kita sanggup menikam beliau dari belakang?

Merosakkan hubungan persahabatan itu lagi mudah daripada menghargainya.Maka disebabkan itulah terjadinya istilah kawan makan kawan.Ini terjadi kerana kita cemburu atau irihati dengan keadaan kawan kita tadi.

Kawan makan kawan..Pasti dimana-mana saja terjadi.Manusia ini ada berbagai ragam dan perangainya..Kawan kita juga manusia biasa.Begitulah perumpamaanya..

Apabila menghadapi situasi kawan makan kawan ini. Hadapilah ia dengan tenang.Mungkin payah untuk kita hadapi. Tapi,yakinlah ketenangan dan tindakan yang waras itu mampu mengatasi segalanya.

Segala kebenaran akan terbukti juga nanti.
Berhati-hatilah apabila berhadapan dengan kawan sekeliling kita. Jaga tutur kata dan komunikasi agar tidak disalah erti.

Sebaiknya jauhkan diri dengan kawan yang suka mengkhianati kawannya sendiri.Agar tidak tersilap langkah. 

Jika boleh elakkan berkomunikasi atau bekerjasama dengan kawan yang menjadi pengkhianat persahabatan tadi. Berwaspada selalu.Agar tidak lagi tersilap langkah.

Berkawan dengan kawan yang baik akhlaknya akan membawa kebaikan kepada diri kita.Sekaligus,diri juga akan berubah kearah kebaikan.
Manakala,berkawan dengan mereka yang memiliki sifat-sifat yang tidak sesuai dicontohi.Lama kelamaan, pastinya akan terpalit juga pada kita sifat-sifat yang tidak baik kepada diri kita.

Hargailah persahabatan yang kita ada ketika ini.Usah sesekali merosakkannya dengan perasaan iri,hasad,dengki,cemburu dan khianat.


5 comments:

  1. Replies
    1. semoga dijauhkn dari kita semua

      Delete
    2. terima kasih cikgu sudi singgah blog saya

      Delete
  2. Semoga kita terhindar dari kawan yang sedemikian.. sedihnya lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin.semuanya kita terhindar dari kawan yang sedemikian..TQ sis yatie kerana sudi singgah blog saya

      Delete

Powered by Blogger.