Resepi Roti John Yang Mudah Disediakan & Jimat Belanja

Roti John.. Roti John
Sedapnya makan roti John...Musim-musim Perintah Kawalan Pergerakan nie kat manalah nak dapat roti John.

Pasar malam takde..Pasar Ramadhan pun takde.Peniaga pasar malam dan pasar Ramadhan tidak dibenarkan berniaga.Jika sebelum Perintah Kawalan Pergerakan, antara menu popular yang dibeli apabila pergi ke pasar malam atau pasar ramadhan salah satunya adalah roti John.. 

Beberapa hari lepas, saya ada mencuba membuat roti John sendiri..Pada mulanya,ingatkan macam susah je nak menghasilkan roti John.Yerlah, sebelum nie saya cuma tahu order saja dan tidak pernah cuba membuat roti John sendiri. Kebiasaannya beli,beli dan makan saja hehehehehe...

Jadinya, untuk anak-anak dirumah dan sebagai menu minum petang...Saya cuba menghasilkan roti John sendiri..

Rupa-rupanya,senang je nak buat roti John nie..Simple sangat..Kawan-kawan pun mesti boleh menghasilkan roti John dari dapur sendiri selepas nie..


Yang penting,bahan-bahan penting menghasilkan roti John itu perlu ada..Pastinya bahan-bahan yang perlu disediakan adalah roti sausage atau roti hotdog yang panjang tue..Dah namanya roti John.. Perlulah ada rotinya kan..Sebaiknya gunakanlah roti sausage atau roti hotdog tadi..Barulah nampak menjadi roti John kita tadi..

Jom,kita intai-intai bahan-bahan yang perlu digunakan untuk menghasilkan roti John yang mudah lagi menjimatkan ini.

Nak tahu kenapa katakan resepi ini boleh menjimatkan sebabnya semasa menyediakan roti John ini..Kawan-boleh gunakan apa saja bahan-bahan yang ada dalam peti ais kat rumah tue.Kemudian nak letak sos,mayonis atau sayur sebanyak mana pun boleh..Takde extra charge.

Kita buat sendirikan..Jadinya kita boleh letakkan saja bahan-bahan mengikut selera dan citarasa sendiri..

Semasa saya buat roti John nie.. Saya sendiri gunakan bahan-bahan yang ada dalam peti ais je..Ayat budak-budak baru nak Up (BBNU), Belasah je..Asalkan nampak gayanya dan rupa seakan roti John..

Jon kita intai bahan-bahan yang diperlukan

2 biji telur-dipecahkan ke dalam mangkuk dan kacau seperti buat telur dadar
1 keping burger daging-dihancurkan dicampur ke dalam mangkuk telur tadi. 
Setengah bawang holland dipotong dadu dan dicampurkan ke dalam mangkuk telur tadi.
Hirisan daun sup dan daun bawang - tak letak pun takpe
1 sudu kecil serbuk Kari daging- tak letak pun takpe
1 sudu kecil serbuk lada - tak letak pun takpe.
Lada sudah
Garam secukup rasa..

Campur kesemua bahan dalam mangkuk telur tadi..Pukul telur dengan sudu sehingga telur bersama bahan tadi agak kembang..

Kemudian,ambil roti sausage atau hotdog tadi..potong dua..Potong jangan sampai terputus dua pula ya..

Setelah itu,sapukan mejerin pada roti tadi dan telur bersama bahan-bahan yang telah dipukul tadi..

Panaskan kuali letakkan 1 sudu minyak masak.Seeloknya gunakanlah kuali pemanggang ajaib atau non stick pan supaya roti dan telur tadi tak melekat.


Selepas itu,tekapkan roti yang telah disapu dengan telur tadi pada kuali..Pastikan mengunakan Api dapur yang kecik.. Supaya telur tadi masak sekata dan tidak hangit

Apabila satu bahagian sudah masak,terbalikkan dan masukkan pula dibahagian sebaliknya.


Apabila sudah masak...
Taburkan hirisan timun,kobis,tomato,salad diatas roti tadi..


Letakkan mayonis,sos cili,sos tomato dan berbagai lagi sos kegemaran anda.
Mengikut selera dan kesukaan citarasa anda..

Senang saja kan..Dah siap roti John dan sedia dinikmati..Jimat poket,jimat tenaga dan jimat masa..

Inilah dijadikan sebagai sarapan pagi,minum petang, menu semasa supper.Dan boleh juga dijadikan sebagai bekalan untuk anak pergi ke sekolah atau pejabat.. 

Itulah dia serba sedikit tentang resepi roti John yang simple,mudah disediakan serta menjimatkan.

Moga ianya memberi manafaat buat anda..Sekaligus memberi idea kepada kawan-kawan yang membaca blog ini untuk menyediaka roti John yang simple,mudah dan menjimatkan..

Apabila memasak dengan hati yang ikhlas,masakan yang simple akan terasa kesedapannya.

 Salamat mencuba..Dah cuba nanti share ler gambar dengan saya ya...

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment