Tips Supaya Daging Cepat Empuk




Musim raya sebegini kebiasaannya pasti terdapat berbagai hidangan juadah berasaskan daging. Diantara juadah yang popular di musim perayaan adalah seperti rendang daging,sup daging,daging masak kurma,daging masak hitam dan berbagai lagi.

Oops..hari nie belum lagi nak bercerita tentang resepi.Tapi nak bercerita tentang tips untuk daging yang dimasak cepat empuk atau lembut.Agar senang dikunyah dan ditelan. 

Bayangkan kalau, daging yang kita masak itu liat dan susah nak dikunyah. Pastinya terbantut selera nak makan pada waktu tue 
Sekiranya perut pula sedang lapar, membuatkan mood makan tadi terganggu.

Ataupun bayangkan, keadaan gigi yang tidak berapa mengizinkan atau tidak kuat untuk mengunyah daging yang liat. Semestinya, rasa hampa untuk menikmati juadah daging yang terhidang.

Terutama sekali buat warga emas seperti atok,nenek atau mak dan ayah kita yang gigi mereka semakin berkurangan.

Lauk daging yang kelihatan sedap dan enak dimakan tadi hanya menjadi hiasan ditengah-tengah meja kerana dagingnya liat dan keras serta tidak empuk.


Letih mulut mengunyah dan mengunyah daging yang liat  dan tidak empuk tadi..

Uolls pernah ke masak daging yang masih lagi liat ataupun susah nak empuk.

Jom kita intai-intai tips untuk mempercepatkan daging yang dimasak tadi cepat empuk..

Bila dah ada tips nie,takdelah berlakunya pembaziran gas dan mengambil masa yang lama untuk kita menunggu kat dapur.

Tips daging cepat empuk yang pertama..

 Semasa merebus daging tadi.Masukkan sebatang sudu kecil didalam periuk. Dipercayai sudu tadi mampu menyerap haba dan sekaligus mampu melembutkan daging dengan cepat.

Tips daging cepat empuk yang kedua..

Petik beberapa helai daun nangka muda dan masukkan daun nangka tadi kedalam periuk yang berisi daging yang sedang direbus tadi.

Biarkan daun tadi direbus bersama daging sehingga daging tadi empuk dan lembut.

Tips daging cepat empuk yang ketiga.

Kupas betik mudah dan hiris-hiris nipis betik tadi.Kemudian masukkan didalam ratusan daging tadi.
Apabila daging sudah empuk..Bolehlah keluarkan hirisan betik tadi.

Tips daging cepat empuk yang keempat

Sebelum memasak daging tersebut.Rendamkan daging yang sudah dipotong ke dalam air bancuhan tepung gandum atau tepung jagung.

Biarkan seketika.Kemudian cuci dan toskan daging tersebut.

Tips daging cepat empuk yang kelima...

Potong daging dengan cara yang betul.Iaitu dengan cara melintang urat. 
Caranya...tengok jalur-jalur urat pada daging kemudian letakkan arah urat daging tadi bertentangan dengan pisau.

Tips daging cepat empuk keenam...

Daging juga akan lebih lembut jika dipotong dengan cara yang betul - Daging haruslah dipotong melintang urat. Caranya adalah dengan melihat jalur-jalur urat dan kemudian meletakkan arah urat daging bertentangan dengan pisau. Daging menjadi liat jika dipotong mengikut urat.

Tips daging cepat empuk ketujuh..


Rebus daging dengan periuk yang tertutup.Zaman modern nie kebanyakkan ibu-ibu sudaah pun memiliki  pressure cooker. Diantara peralatan dapur yang banyak kegunaan dan banyak membantu didalam kerja-kerja memasak. 

Sekaligus membantu ibu-ibu merebus atau memasak hidangan yang berasaskan daging dan beraneka lagi juadah.

Jika tidak mempunyai pressure cooker.Jangan risau..

Rice cooker pun masih boleh digunakan untuk merebus daging. Biarkan selama 1 serangan jam atau dua jam..Kemudian boleh lihat hasilnya...

Mengikut petua orang lama-lama, jangan letakkan garam terlalu awal kerana bimbang garam tadi melambatkan proses daging tadi lembut dan empuk.

Perasakan dengan  garam setelah daging tadi empuk ataupun last sekali ketika sessi merebus

Itulah dia serba sedikit tips bagaimana untuk mendapatkan daging cepat empuk. Selamat mencuba dan moga ianya bermanafaat buat semua..


About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment