Perlukah saya memiliki sebuah Planner & Apakah kelebihan memiliki Planner




Sudahpun masuk hampir pertengahan bulan Februari 2021. Isu semasa masih lagi hangat memperkatakan tentang virus Covid-19. Pejam celik hampir setahun seluruh negara menghadapi isu masalah virus yang bernama Covid-19 itu. 
Hari ini, bukan nak bercerita tentang Covid tapi nak bercerita tentang "Planner"..

 Rasanya masih belum terlewat lagi untuk membicarakan tentang "Planner" ini. Dan apa bagusnya memiliki sebuah Planner disamping menjalani kehidupan seharian.

Sebenarnya, saya pun baru saja berjinak-jinak dengan planner semenjak 2-3 tahun kebelakangan ini. Semenjak menulis planner ini dapat rasakan aktiviti harian lebih tersusun dan membuatkan diri menjadi lebih peka terhadap sesuatu perkara terutamanya didalam mengingati tarikh-tarikh penting. 

Didalam planner juga boleh dijadikan sebagai tempat meluahkan perasaan, ianya seakan diary. Dimana kita boleh tulis   cerita seharian dan juga perasaan yang dialami pada hari tersebut. 

Seperti ramai yang mengetahuinya, planner adalah sebuah buku berbentuk diary yang didalamnya terdapat  personal info, calendar pada tahun tersebut, ruangan catatan harian, ruangan senarai aktiviti yang dirancang (to do list) dan berbagai-bagai lagi isi kandungan yang terdapat didalamnya. 

Bagi sesetengah syarikat besar, pihak syarikat akan memberi sebuah planner kepada pekerja mereka pada setiap awal tahun. Ataupun syarikat- syarikat pembekal akan memberi planner kepada customer mereka Planner sebagai tanda ingatan. Makanya, Planner ini boleh didapati secara percuma bagi mereka yang memperolehinya.

Jika tidak dapat secara percuma, planner juga boleh didapati dikedai-kedai buku yang berhampiran. Dan sekarang semuanya dihujung jari, boleh saja dapatkan planner yang menarik hari secara online. Ramai peniaga online yang menjual planner yang berbagai bentuk, gaya dan konsep. Pilih saja konsep dan reka bentuk planner yang menarik dan sesuai dengan personaliti. 




Tidak berminat membeli planner yang telah tersedia konsep didalamnya. Boleh saja merekabentuk planner sendiri mengikut kreativiti masing-masing.

Yang ini dinamakan sebagai "DIY Planner" yang mana kita kena luangkan sedikit masa untuk menghias, merekabentuk dan melukis didalam planner ntersebut mengikut citarasa kehendak kita sendiri. 

Sekaligus, DIY planner ini dapat menyerlahkan aktiviti seseorang dan ianya lebih flexible.

Kebiasaanya planner digunakan  sebagai buku catatan bagi mencatit tarikh-tarikh yang penting bagi seseorang. Contohnya, tarikh berakhirnya roadtax kereta, tarikh ulangtahun perkahwinan, tarikh temujanji dengan pihak hospital. 

Jadinya apabila kita sudah mencatatkan tarikh tersebut. Berkemungkinan untuk lupa itu adalah jauh sama sekali. Bukankah itu lebih efective dan dapat mengelakkan kita menjadi seorang yang pelupa. 

Pada ketika itu, kita hanya merujuk hanya pada satu buku sahaja bagi mendapatkan info mengenai tarikh-tarikh penting yang telah dirancang.

Di dalam sesebuah planner, terdapat juga "To do list" yang digunakan bagi menyenaraikan tugas-tugas yang harus dilaksanakan seharian. 

Dengan ini membuatkan kita menjadi lebih teliti dan bijak mengatur kerja-kerja seharian. Sekaligus, dapat mengurangkan stress dan kerja menjadi lebih teratur dengan menyelesaikan kerja-kerja yang lebih penting terlebih dahulu.

Bukan itu saja yang terdapat didalam sebuah planner, anda juga boleh meyediakan helaian untuk mencatatkan segala perbelanjaan harian dan perbelanjaan bulanan. 

Kebiasaannya bagi peminat planner, helaian ini dipanggil sebagai "Expenses Tracker". Kat mana nak dapatkan template ini. Boleh bertanya dan dapatkan template tersebut daripada pakcik Google yang serba tahu. kihkihkih. 

Didalam helaian ini, kita boleh merekod segala perbelanjaan kita. Dan apabila diakhir bulan, kita boleh menganalisis trend perbelanjaan kita. Disini juga, boleh kita kenalpasti bahagian manakah yang perlu dikurangkan dalam perbelanjaan. Ianya menyebabkan mudah kita mengatur strategi perbelanjaan.




Bukan itu saja, boleh juga letakkan didalam planner, perancangan percutian untuk sepanjang tahun. Tiada salahnya kalau kita merancang awal bagi sesuatu percutian. Sekiranya sesebuah percutian dirancang dengan baik, pastinya percutian akan lebih bermakna. 

Di dalam merancang sesuatu, Amal Ibadah Tracker juga boleh diletakkan didalam sesebuah Planner. contohnya amaln solat sunat Dhuha, Amalan solat solat sebelum dna selepas solat fardu, bilangan zikir-zikir yang harus kita ucapkan setiap hari. Semua ini boleh ditempatkan serta dicatitkan didalam sebuah buku yang bernama planner. 

Senarai buku-buku yang telah kita baca sepanjang tahun juga boleh diletakkan didalam sebuah planner.  

Dan banyak lagi sebenarnya, yang boleh kita letakkan didalam sebuah buku yang bernama planner ini.Mengikut pilihan dan citarasa masing-masing. Yang mana kesemua helaian itu, memberi maksud dan impak kepada diri kita sendiri.

Pintrest dan Mr Google mempunyai banyak template yang berkaitan dengan helaian berkaitan Tracker.

Dengan adanya sebuah buku yang benama planner ini. Kita sudah tidak perlu berbagai-bagai jenis buku untuk mencatat sesuatu yang penting. 

Cukup dengan satu buku sahaja yang terdapat kesemua informasi dan aktiviti yang kita lakukan bagi sepanjang tahun. Ianya menjadi lebih mudah bagi kita mendapatkan info dan juga mudah apabila membuat rujukan. 

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment