Resepi Gulai Ikan Sembilang Salai Bersama Belimbing Buluh & Terung Telunjuk
Nak dibiarkan terung telunjuk dan belimbing buluh berada lama di dalam peti ais. Bimbang nanti rosak dan lansung tidak boleh dimakan. Sebelum ianya menjadi tidak elok dan dibuang ke dalam tong sampah.
Terus saja dicampurkan kedalam Masak Lemak Cili Api Ikan Sembilang Salai. Beberapa minit kemudian, terhasillah Masak Lemak Cili Api Ikan Sembilang Salai bersama Belimbing Buluh dan Terung Telunjuk.
Sebelum memasak, haruslah sediakan bahan-bahannya terlebih dahulu. Antara bahan-bahan utama yang diperlukan adalah:
a) Beberapa ekor Ikan Sembilang Salai
b) Terung telunjuk yang telah dibasuh dan di belah tengah - mengikut citarasa. Sementara menunggu masa yang sesuai untuk dimasukkan terung telunjuk ini kedalam periuk.
Kita rendam dahulu terung yang telah siap dipotong tadi bersama air garam. Bagi mengelakkan terung tadi menjadi lebam.
c) Belimbing buluh yang telah di basuh dan di belah tengah - mengikut citarasa ( bagi saya, lagi banyak belimbing buluh, lagi sedap masakan ini.
Belimbing buluh juga direndam bersama air dan sedikit garam, sementara menanti masa yang seuai untuk dimasukkan kedalam periuk.
Jom kita sediakan bahan-bahan seterusnya:
1) Beberapa ulas cili api - mengikut tahap kepedasan masing-masing. Kebiasaannya, saya akan mengunakan 25 -28 ulas cili api. Dibasuh dan diblender. Kemudian tuangkan ke dalam periuk.
2) Selepas itu, masukkan santan kedalam periuk bersama cili yang telah diblender tadi. Jika anda mengunakan santan segera. Boleh masukkan sekotak santan segera dan ditambah dengan 3 kotak air (guna kotak santan segera tadi) untuk menyukat air.
Sekiranya anda mengunakan santan segar, satu satu atau dua biji santan kelapa pun sudah memadai dan ditambah dengan sedikit air.Lagi banyak santan segar yang digunakan lagi berlemak masak lemak cili api ini. Lagi sedap & ummph dibuatnya..
Kemudian, masukkan satu sudu serbuk kunyit dan dua keping asam keping dan juga garam secukup rasa.
3) Seterusnya, biarkan santan tadi mengelegak. Masukkan terung telunjuk. Tunggu sehingga terung telunjuk tadi sedikit empuk.
4) Setelah terung telunjuk tadi sedikit empuk. Masukkan pula belimbing puluh. Biarkan beberapa minit. Seterusnya, masukkan Ikan Sembilang Salai dengan penuh berhati-hati kerana bimbang ikan tadi hancur.
5) Kacau kuah Masak Lemak Cili Api tadi perlahan-lahan. Biarkan ianya mengelegak seminit dua. Kemudian perlahan api, dan biarkan seketika bagi tujuan memekatkan kuah masak lemak cili api tadi.
6) Apabila nampak kuah tadi agak pekat. Bolehlah dihidangkan diatas meja untuk dinikmati bersama keluarga.
Tarraa..Jemput makan semua..
Inilah gambar Masak Lemak Cili Api Ikan Sembilang Salai Bersama Belimbing Buluh dan Terung Telunjuk. Enak dimakan bersama nasi panas, telur dadar dan juga goreng kangkung.
Saya cuma chef biasa-biasa saja dirumah dan dimasak dengan seikhlas hati buat keluarga tersayang.
Selamat mencuba buat anda di sana..
No comments: