Resepi Sambal Sardin Yang Tidak Hanyir dan Sedap Dimakan


Jarang-jarang sekali temui mereka yang tidak mengemari masakan yang satu ini. Jika ada 10 orang cuma seorang atau dua saja yang tidak mengemarinya.Selebihnya pasti menyukai makanan yang simple, enak dimakan dan mudah disediakan ini..

Hari ini, sambal sardin yang menjadi pilihan selera..
Kadang kala, ada harinya. kita yang memasak dirumah ini, kehilangan idea memasak bagi dihidangkan buat ahli keluarga.

Sambal Sardin jugalah yang menjadi penyelamat keadaan.

Ada masanya, dah jemu makan lauk ayam, ikan yang dihidangkan..

Lauk berasaskan sardin jugaklah yang menjadi pilihan..

Ada masanya, dua tiga hari sebelum gaji. Ketika poket sedang menipis. Menu Sardin jugaklah yang menjadi pilihan untuk perut yang lapar. 

Dan apabila balik saja dari kerja ditambah dengan perut lapar. Sambal sardin jugaklah yang menjadi pilihan,Yang mana ianya mudah disediakan dan enak dimakan. 

Sambil sardin, apabila digabungkan dengan Nasi panas, bersama telur dadar dan juga sayur kobis goreng..Wah, ini saja sememangnya sudah cukup membuka selera.

Lain orang, lain Cara memasaknya..Ada berbagai-bagai versi Sambal Sardin yang membuka selera..

Saya pula suka Sambal Sardin yang digoreng bersama cili padi.dan disebabkan tahap kepedasan yang saya miliki bukan ditahap yang melampau.
Ketika memasak sambal Sardin tersebut, Saya campurkan sedikit cili kering yang telah dikisar 2-3 sudu

Bagi menghilangkan hanyir pada sambal sardin tadi. Saya hiriskan 4-5 helai daun limau purut. Bagi menambah bau wangi pada sambal sardin tadi. 
Apabila sudah masak, tidaklah terbau hanyir pada sambal sardin tadi.

Bahan yang telah dihiris halus dan dibasuh (Bawang holland, Bawang putih, daun limau purut & lada api

Resepi sambal sardin Versi daun limau purut.

Setengah biji bawang- dihiris halus
3-4 labu bawang putih - dihiris halus
7-8 biji lada api diracik halus
4-5 helai daun limau purut di racik halus
3-4 sudu lada kering yang telah dikisar
2 keping asam keping
1 tin sardin - brand King Cup @ yang menjadi pilihan selera anda

Cara-caranya

1) Panaskan minyak masak secukupnya untuk menumis
2) Apabila minyak sudah panas, masukkan semua bahan-bahan yang telah dihiris halus tadi
3) Apabila bahan tumisan susah wangi, masukkan lada kering yang telah dikisar + masukkan asam keping 
4) tunggu sehingga lada kering tadi naik minyak atau masak

5) setelah lada tadi masak, curahkan sardin dari dalam tin ke dalam kuali.
6) Letakkan 1 tin air, ikut anggaran tin sardin tadi
7) Biarkan sambal tadi mengelegak dan kering sedikit
8) Dan sedia dihidangkan diatas meja
9) Untuk tambahkan kesedapan sambal sardin ini, boleh letakkan hirisan kentang yang telah digoreng terlebih dahulu.

Apabila sudah masak, boleh dihidangkan bersama nasi panas.Dan boleh dinikmati bersama keluarga. Apabila makan ada terbau wangi daun limau purut yang boleh membangkitkan selera

Mudah sajakan, masak sambal sardin..

Selamat mencuba..


No comments:

Powered by Blogger.