10 Amalan Sunat Dibulan Zulhijjah


Alhamdulillah, berpeluang lagi menghirup udara yang segar pada hari ini. Tengok- tengok calendar hari ini dah masuk 1 Zulhijjah. Selain daripada bulan Ramadhan, bulan Zulhijjah juga banyak manafaatnya untuk mengumpulkan pahala. Kebiasaannya, bulan ini juga dikenali sebagai bulan haji. Dimana, seluruh umat Islam yang berkemampuan, menunaikan fardhu haji didalam bulan Zulhijjah.


Di dalam bulan Zulhijjah ini,  Allah SWT memberikan pintu keredaan,keampunan dan kerahmatan kepada hamba-Nya.

Imam Bukhari meriwatkan sebuah hadis daripda Ibnu Abbas R.A, daripada NAbi SAW, baginda bersabda:

Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah. "Para sahabat bertanya, "Wahai Rasullulah, jihad dijalan Allah tidak dapat menandinginya:". Baginda bersabda, " Walaupun jihad dijalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia lansung tidak kembali."


Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daus (2348), Ibn Majah (1727),al- Tirmizi(757)


Diantara amalan-amalan sunat yang digalakkan untuk dilaksanakan di dalam bulan Zulhijjah terutamanya pada 10 hari pertama Zulhijjah adalah seperti:


1)Membaca, memahami tafsir Alquran . Dan sering memperdengarkan ayat-ayat suci Al-quran.

2) Memperbanyakkan sembahyang sunat.

3) Puasa Sunat- ini adalah amalan paling utama iaitu bermula dari 1 Zulhijjah sehingglah kepada 9 Zulhijjah. Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, puasa sunat pada hari pertama hingga sembilan Zulhijjah merupakan puasa sunat yang sangat-sangat dituntut dan digalakkan




4) Memperbanyakkan Zikir. Daripada Ibnu Umar Radiallahu'anhuma, Rasullah SAW bersabda:
Maksudnya: "Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah serta tidak ada hari-hari dimana amalan pada hari-hari tersebut lebih disukai oleh-Nya lebih daripda sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah ini. Maka perbanyakkanlah pada hari itu tahlil dan takbir serta tahmid." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

5) Memperbanyakkan doa. Hadis diriwayatkan oleh Imam Malik, "sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah." Amalam terbaik adalah berdoa pada hari wukuf di Arafah kerana ianya merupakan waktu berdoa yang mustajab dan paling dekat untuk dimakbulkan. 

6) Melakukan ibadah korban bagi yang berkemampuan.


7) Beristigfar 
8) Bersedekah 
9) Menghadiri majlis ilmu
10) Melakukan kebaikan dan mencegah perkara mungkar

Sempena bulan yang penuh keberkatan ini, marilah kita bersama-sama merebut kelebihan yang dikurniakan ini dan mengambil peluang keemasan ini dengan mendekatkan diri kepada Allah swt. Sekaligus, menambah pahala untuk bekalan diakhirat nanti. 

Semoga bermanafaat.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment