
Ibu bapa sentiasa inginkan yang terbaik buat anak kesayangan. Anak-anak dididik dengan sepenuh kasih sayang. Dengan penuh harapan agar anak tadi menjadi anak yang soleh dan solehah.
Namun, didalam mendidik anak-anak ini, ibu ayah perlu mengenali personaliti anak bagi memudahkan cara berinteraksi dengan anak.
Jom kita intai-inati personaliti anak kita:
1) The Fun Loving Child
![]() |
Merupakan seorang anak yang active, pandai berkawan, kelakar, suka bercakap, suka tersenyum dan bertolak ansur. Anak ini mempunyai personaliti yang ceria, selalu riang, banyak cakap cergas, suka berkawan dan tidak mudah mengambil hari kepada sesuatu perkara.
Anak yang tergolong di dalam kategori ini tidak suka ibu bapa yang terlalu tegas dan serius dan mereka juga tidak suka bersendirian. Akan menunjukkan sikap yang negetive aapabila sipinggirkan atau dikongkong.
Anak-anak ini rasa dihargai apabila ibubapa membuat kejutan kepada mereka dan melayani mereka seperti kawan.
2) The Sensitive Child

Anak yang berada dibawah kategori ini merupakan seorang yang lemah lembut, pendiam, baik hati dan berhati-hati. Sekaligus mempunyai sifat yang suka mengambil berat dan bertimbang rasa. Merupakan seorang yang mudah tersentuh dang dan mempunyai empati yang tinggi.
Anak ini akan merasa diri mereka terabai, sekiranya ibubapa tidak meluangkan masa bersama mereka dan tiak mahu mendengar apa yang mereka cuba sampaikan.
Ibu bapa perlu lemah-lembut di dalam mendidik anak dibawah kategori ini, dan mendengar luahan perasaan mereka. Meluangkan masa bersama mereka agar mereka rasa tidak terabai atau dipinggirkan.
Anak-anak dibawah kategori ini biasanya seorang yang pemalu dan suka menangis.

Anak yang berasa dibawah kategori ini merupakan seorang yang aktif, sentiasa lincah, bising, suka bergerak. Anak ini memang sukar untuk duduk diam. Ada saja perkara yang ingin dibuatnya. Tidak suka disekat atau dihalang. Bersemangat di dalam melakukan susatu perkara dan tidak mudah berputus asa.
Merupana anak yang suka menyahut cabaran dan pengalaman baru. Dan apabila mendapat sokongan ibu bapa, anak ini akan menjadi lebih semangat dan teruja.Seorang yang lincah dan gigih di dalam melaksanakan tugasan.
Anak ini juga dikategorikan sebagai anak yang suka mengarah dan suka memaksa.
4) The More Serious Child

Ciri-ciri anak dibawah kategori ini merupakan seorang yang sangat serious, seorang yang teliti, foku san celap. Anak ini merasakan dirinya matang daripada usia. Tidak suka bersosial dengan rakan-rakan seusia kecuali pada waktu-waktu tertertentu sahaja.
Anak-anak ini mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi dan suka sesuatu tersesun dengan rapi.
Dari sudut lain pula, anak dibawah kategori ini suka mengkritik dan berlagak seperti mengetahui semua perkara. Mereka amat mengemari sekiranya ibu bapa menghormati pendirian mereka, memberi sokongan dan galakan terhadapap minat mereka.
Anak dibawah kategori ini sangat suka apabila mempunayai ibubapa yang mendengar pendapat atau idea mereka.
Semoga bertemu lagi dientry akan datang, Terima kasih keran sudi singgah membaca.
my daughter yang bongsu yang no 3..tapi semakin dia besar dah kurang la sikap bossy tu
ReplyDelete