5 Tips Untuk Menghindari Rasa Malas


Rasa malas datang lagi.. Rasa seperti mahu tidur saja sepanjang hari. Ada juga rasa mahu tidak mahu fikirkan apa-apa tentang kerja, tentang kerja-kerja rumah atau pun anak-anak. Rasa seperti teringin duduk bersantai-santai saja diatas sofa sambil menonton movie . Namun, apa yang dirasakan itu adalah mustahil sama sekali. 

Mana mungkin dapat bersantai-santai sedemikian rupa. Di rumah kita, bukannya ada bibik ataupun orang gaji. Disediakan makan minum  yang sedia terhidang diatas meja. Dibersihkan segala habuk-habuk dan kotoran. Diurut-urutnya kaki, apabila lenguh-lenguh.. 

Hahahaa. pengaruh drama televisyen sangatkan. Cuba tengok drama melayu yang disiarkan, kebanyakkan  yang dipertontonkan adalah gaya hidup mewah. Semuanya disediakan .Dari segi gaya, semuanya sangat indah belaka. Itulah drama yang dilakonkan di layar televisyen.

Tetapi realitinya,  Nak atau tidak, suka atau tidak. Rasa malas itu, perlu segera dihapuskan daripada duduk bersarang di dalam diri. Perlu segera bangkit, dan buang rasa malas itu jauh-jauh. Sekiramya asyik melayan rasa malas yang bersarang di dalam diri, maka tidak akan berasaplah dapur seharian.

Kita bukan manusia sempurna. Perasaan malas itu adalah normal. Semua orang pasti menghadapinya. Bukan segaja di cari perasaan malas ini. Sememangnya perasaan malas ini hadir tanpa dipaksa. Secara neutral ia hadir bersama emosi yang ada dalam diri.  Perasaan malas ini terjadi adakalanya disebabkan perasaan penat terhadap sesuatu perkara. Dan ianya juga merupakan isyarat badan yang meminta untuk berehat seketika.

Tiada salahnya melayan perasaan malas. Tetapi birlah ianya cuma seketika. Setelah berehat seketika inilah masanya untuk bangkit semula. Jika asyik melayan perasaan malas yang tiada berkesudahan. Dan akhirnya menyebabkan kita keciciran. Orang ke bulan, kita masih lagi berada ditahap yang sama.

Bersama-sama kita, atasi rasa malas seterusnya menghindari perasaan ini dari bersarang di dalam diri. 


#1 - Tips Menghindari Rasa Malas - Tulis Senarai "List to Do".

Sediakn satu buku kecil atau buku nota. Kemudian senaraikan kerja-kerja yang perlu dilakukan. Kemudian pecahkan ianya mengikut bahagian. Sama ada ianya "Important / penting" atau "Urgent / Segera". Selesaikan aktiviti-aktiviti yang "Urgent/Segera" terlebih dahulu. Kemudian, barulah beralih kepada bahagian yang "Important / penting. 

Selesaikan aktivi-aktiviti yang tersenarai  tadi secara satu persatu dan mengikut keutamaan. 


#2 - Tips Menghindari Rasa Malas  - Tetapkan Matlamat & Sasaran

Apabila sudah ada matlamat yang hendak dicapai. Maka, bangkitlah berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut. Teruskan usaha untuk pastikan matlamat yang diimpikan tercapai dengan jayanya. Sekiranya adanya sifat malas di dalam diri. Pasti matlamat tidak akan tercapai. Jika tidak pecahkan sagu, mana mungkin boleh dapatkan hasilnya.. 

Betul ke betul...

#3 - Tips Menghindari Rasa Malas - Elakkan Terlalu Lama Melihat / Bersama Telefon ataupun Gadjet

Seperti yang kita tahu,jika terlalu asyik menghadap telefon, gadjet pasti kesudahannya tiada satu pun kerja yang selesai dilaksanakan. Jadinya, jika ingin melakukan sesuatu perkara yang perlu diselesaikan dengan segera. Maka, tersangt-sangtlah perlu untuk menjauhkan diri dengan telephone atau gadjet ini. 

Ianya seakan berhantu apabila kita sudah mula asyik melihat Telefon atau Gadjet ini. Satu persatu kita kan scroll atau baca sehinggalah kerja yang kita rancang untuk selesaikan hanya tingal perancangan semata-mata. 

Ianya tidak mudah tetapi jika ada kekuatan, kita mampu untuk tidak terlalu lama menatap Gadjet atau telefon ini.

#4 - Tips Menghindari Rasa Malas - Beri Hadiah Pada Diri Sendiri/ Self Rewards 

Untuk meningkatkan semangat atau motivasi diri. Beri hadiah pada diri anda sendiri. Hadiah tidak perlu yang mahal, sekiranya tidak berkemampuan. cukuplah ianya menjadi penghibur hati dan pencetus semangat. Sekiranya, mampu membeli beg berjenema. Silakan. Sekiranya mampu membeli barangan yang biasa-biasa saja. Pun boleh juga. Asalkan kegembiraan buat diri itu ada dirasai. 

Setelah penat berusaha, tiada salahnya membrikan hadiah kepada diri sendiri, kerana ianya juga merupakan pencetus untuk terus melangkah dan berusaha. Biarlah diri tak dihargai oleh orang lain, asalkan kita menghargai diri kita sendiri dengan seadanya. Dengan itu, sifat malas pasti akan berkurangan kerana kita perlu berusaha untuk memajukan diri kita sendiri. 


#5 - Tips Menghindari Rasa Malas - Berdoa kepada Allah swt. 

Segala yang baik hanya datang dari Allah swt dan yang tidak baik itu, datangnya daripdaa diri kita sendiri. Sentiasalah berdoa kepada Allah swt agar dijauhkan dari sifat malas ini. Dengan berkat doa tadi terhindar kita dari sifat malas ini. Sememnagnya kita tahu, sifat malas ini adalah mainan perasaan. Dan perasaan yang kita miliki ini dari Allah swt. 

Makanya dengan berdoa kepada Allah dan memohon kepadanya agar terhindar dari sifat malas ini. 

Dikongsikan doa agar terhindar dari sifat malas ini buat baccan semua. Jom, kita amalkannya setiap kali selepas solat. 

Dan akhir kata, Sifat malas tidak perlu ada di dalam diri dan kita kena kuat melawan sifat malas tersebut. Sekiranya kita mampu untuk melawan sikap malas yang ada dalam diri. Bermakna kita berjaya mambawa diri kita bangkit dari kelalaian & kealpaan. MAsa berlalu terlalu pantas, amat rugu jika kita mensia-siakannya.


Sekian saja untuk entry kali ini. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca blog ini. Moga ia memberi manafaat buat kita semua.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment