5 Koleksi Doa Untuk Anak Kesayangan


Anak-anak merupakan anugerah terindah didalam kehidupan berumahtangga. Dengan kehadiran anak-anakdi dalam kehidupan berumahtangga itu menjadikan ianya bertambah seri. Dan setiap ibu bapa, pastinya ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka. 

Anak-anak yang menjadi penyejuk mata adalah dambaan bagi setiap ibubapa. Apabila terpandangkan anak tadi terasa sejuk perut ibu yang mengandungkannya.

Namun, apabila anak tadi semakin meningkat usia, terasa sedikit cabaran untuk mendidik dan mengajarnya. Ada saja perangainya yang menguji kesabaran. Salah cara kah, si ayah dan ibu ini mendidiknya atau anak tadi terlalu dimanjakan sangat. Sehinggakan perangainya amat menguji kesabaran.

Lantas, tiada cara lain hanya memohon daripada Allah swt untuk melembutkan hati anak. Seterusnya menjadi penyejuk mata ibuayah dan rajin memunaikan solat dan dijauhi daripada larangan Allah swt.  


Dikongsikan disini 5 Koleksi Doa untuk anak Kesayangan.

 Agar ianya bermanafaat buat kita semua. 

Bersama-sama kita amalkannya, agar diterima oleh Allah SWT dan diizinkan Allah anak-anak kita menjadi penyejuk mata ibu ayah, terhindar dari segala kejahatan atau maksiat dan menjadi penyelamat kita di alam kubur nanti


Koleksi Doa Untuk Anak Kesayangan - 1 

Doa untuk anak supaya menjadi penyejuk mata (surah Al-Furqan ayat 74)


Kelebihan mengamalkan doa ini :  Memohon agar keluarga dan anak keturunan sentiasa menjadi penyejuk mata dan pemimpin bagi orang bertakwa.


Koleksi Doa Untuk Anak Kesayangan - 2 

Doa agar anak dilembutkan hatinya 



Kelebihan mengamalkan doa ini: Dibacakan untuk anak yang degil atau keras hati. Agar dengan izin Allah swt lembut hati anak kita tadi



Koleksi Doa Untuk Anak Kesayangan - 3 

Doa anak agar rajin kerjakan solat (surah Ibrahim ayat 40-41)



Kelebihan mengamalkan doa ini, In Sha Allah, anak-anak akan mengutamakan solatnya
Dibaca slepas solat atau setiap kali teringatkan anak


Koleksi Doa Untuk Anak Kesayangan - 4

Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh ( Surah Ali Imram Ayat 200)



Dibacakan ketika memasak dan diikuti pula dengan zikir 'Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman, dibaca secara berulang-ulang

Koleksi Doa Untuk Anak Kesayangan - 5

Doa mohon kerahmatan dan keberkatan untuk anak (Surah Ali Imran Ayat 8 -9)


Jangan lelah berdoa untuk anak-anakmu. Dengan izin Allah, doa kita dimakbulkan. Hasilnya anak-anak kita anak yang baik. Anak inilah yang akan memimpin tangan kita ke syurga nanti. Anak ini juga yang akan mengirimkan doa buat kita apabila kita Kembali nanti. 

Besar harapan ibuayah terhadap anak-anak ini. Sebagai anak usah dihampakan harapan orang tuamu. Mererka telah banyak berkorban untukmu. Kasih sayang ibuayah tiada gantinya. Kasih sayang ibuayah, kasih sayang sepanjang masa sehingga ke hujung nyawa dan dibawa sehingga ke syurga.





About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment