Aktiviti Menarik Bersama Keluarga Di Sepanjang Tempoh PKP

 

Setiap hari kes Covid-19 semakin meningkat. Hari ini saja, kes jangkitan Covid-19 dinegara kita mencecah kepada  15, 573 kes. Seluruh Malaysia masih lagi dibimbangi dengan virus Covid-19 ini. Pesakit-pesakit yang dijangkiti pula, semakin ramai membanjiri hospital-hospital diseluruh negara untuk mendapatkan rawatan. 

Angka kematian disebabkan Virus ini pun sudah mula meningkat dari masa ke semasa. Sedih rasanya apabila menonton video atau gambar mereka yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara atau rakan-rakan yang pergi dijemput Ilahi disebabkan virus ini. Menitis juga air mata melihatnya.

Turut bersimpati kepada semua para doktor, jururawat serta pihak pengurusan hospital, Frontliners dan pihak-pihak yang bertanggungjawab menguruskan kesemuanya berkaitan pesakit yang dijangkiti Covid-19 ini. Walau apa pun keadaannya, andalah yang TERBAIK dan TERHEBAT dimata rakyat Malaysia.  Limpahan ganjaran pahala  anda perolehi kerana menyumbangkan tenaga dan keringat bagi mempermudahkan urusan orang lain.



Kita sedang berhadapan dengan virus yang kita sendiri tidak nampak. Bahaya ada di merata tempat. Jika tiada keperluan untuk berada diluar. Adalah lebih baik,  berada dirumah sahaja. Stay at Home. Sebagai langkah pencegahan terhindar dari Virus Covid-19 ini. Ianya bermula dari diri kita sendiri dan ahli keluarga bekerjasama membendung Virius Covid-19 ini. 

Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan apabila berada dirumah bersama ahli keluarga yang lain. 

Jika rajin memasak. Kita boleh mencuba berbagai resepi baru untuk dihidangkan kepada ahli keluarga yang lain Resepi pun amat mudah didapati sekarang ini. Tanyakan saja kepada Mr Google, pasti ada jawapan kepada menu-menu yang dicari. Atau untuk mengetahui cara-cara memasak beserta resepi. boleh saja membuat carian di You Tube. Mudah sajakan, semuanya dihujung jari. 

Dan apabila sudah siap mencuba resepi baru tadi. Resepi sudah bertukar menjadi hidangan yang lazat. Bolehlah, kiranya hantarkan semangkuk dua kepada jiran-jiran yang berhampiran. Dan ianya mampu merapatkan lagi ukhwah kejiranan. 


Selain itu, disepanjang tempoh PKP ini, ada masa yang terluang, menyertai class online yang ditawarkan secara percuma atau berbayar juga. Amat- amat berbaloi bagi mengisi masa yang terluang. Masa diisikan dengan penuh bermanafaat dan sekaligus memperolehi ilmu-ilmu baru dan informasi baru. Banyak class online yang boleh kita sertai sebagai contoh kelas agama daripada ustaz-ustaz yang terkenal, kelas motivasi, kelas parenting / keibubapaan, kelas mengaji dan tajwid, kelas Bahasa dan berbagai lagi. 

Terpulang pada diri kita sendiri untuk memilihnya dan cara bagaimanakah kita manafatkan masa yang terluang.

Antara aktiviti yang menarik bersama keluarga disepanjang tempoh PKP ini adalah memelihara binatang peliharaan seprti kucing, arnab, ikan didalam akuarium ataupun burung. Anak-anak pasti mengemarinya. Sekaligus mampu memupuk sifat tanggungjawab dan kasih sayang didalam diri anak-anak terhadap binatang peliharaan mereka. 


Keletah ataupun gelagat binatang peliharaan ini, adakalanya menghiburkan hati lantas menimbulkan keseronokan buat semua. 

Seterusnya, aktiviti menarik bersama keluarga di sepanjang tempoh PKP ini adalah mengajak anak-anak membersihkan halaman rumah. Rumah yang bersih, sedap mata memandang dan kita juga seronok apabila berada didalamya. Aktiviti sebegini, melatih anak-anak membuat kerja-kerja rumah dan sekaligus mengajar tentang kebersihan. 


Bekerjasama didalam membersihkan rumah adalah tanggungjawab semua ahli keluarga. Jika tiada kerjasama didalam rumah sendiri, maka akan kucar-kacirlah keadaan rumah tersebut. Ibu ayah mempunyai peranan didalam membentuk sifat bertangunggjawab kepada anak-anak. Anak-anak juga berperanan untuk belajar menjadi seorang yang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan keluarga . 

Dan ketika Tempoh PKP inilah, peluang ini digunakan sepenuhnya.

Perbagai lagi akitiviti yang boleh kita lakukan disepanjang tempoh PKP ini bersama ahli keluarga yang lain. Daripada asyik menatap telefon, lebih baik kita mencuba sesuatu yang baru. Sekaligus, meningkatkan kemahiran diri dan manafaatkan masa yang terluang. Lantas, ianya mengeratkan hubungan kekeluargaan. 

Aktiviti lain yang sesuai disepanjang tempoh PKP ini adalah :

Berkelah dihalaman rumah, 

Membaca buku cerita bersama anak-anak, 

Mengubah susun atur perabot di dalam rumah,


 Mulakan hobi baru seperti menjahit, update blog, membaca buku

Membuat video call kepada saudara mara bagi merapatkan sirraturahim 

Mulakan aktiviti berkebun 

Bermain dam ular, catur, Sahibba atau monopoly bersama keluarga 

Menonton movie 

Dan perbagai lagi aktiviti yangboleh dilakukan bersama keluarga dan anak-anak.

Ahkir kata, duduk dirumah mampu dimanafaatkan jika kita merancang mengunakan waktu tersebut dengan sebaik-baiknya. Sesuatu yang terjadi itu, tiada yang sia-sia. Pssti ada hikmah disebalik kejadian ini. Sekiranya sebelum tempoh PKP ini kita sibuk berada diluar rumah dengan aktiviti seharian. Ketika musim PKP inilah masanya untuk kita berada di dalam rumah pula untuk dimanafaatkan bersama ahli keluarga. 

Kita tempuhi PKP ini dengan hati yang terbuka. Moga semuanya baik-baik saja buat kita semua dan ditempatkan di bawah jagaan Allah swt serta dijauhkan dari Virus Covid-19 buat kita semua. 

Jumpa lagi dientry akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca :) 




About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment