Kebaikan Mengamalkan Tasbih / Zikir Fatimah


 

Seharian menguruskan rumahtangga pastinya keletihan. Bermula seawal pagi hinggalah malam. Tigasan di rumah lah yang tidak pernah selesai. Walaupun hari berganti hari, tugasan dirumah tetap sedia menanti. 

Selesai saja solat subuh, terus saja ke dapur menyediakan sarapan pagi. Didalam masa yang sama pula, mesinkan baju-baju kotor yang terdapat didalam mesin basuh. Apabila sarapan telah siap disediakan di hidangkan pula diatas meja untuk dinikmati bersama keluarga. 


Sesudah sahaja sarapan, ambil kain yang telah disiap dibasuh. Kemudian, disidai di jemuran.Dan selepas itu, meneruskan lagi aktiviti mengemas rumah, menyapu, menyusun dan mengatur segala kelengkapan rumah. 


Ada ketikanya, jika terasa lantai sudah tidak selesa dipijak. Tangan terus mencapai mop dan bermulalah sessi mengemop lantai. Menjelang tengahari pula, bersiap sedia semula ke dapur menyediakan juadah tengahari. 


Dan apabila sudah petang, tiba masanya mengangkat kain di jemuran. Melipat kain dan menyusun baju di dalam almari. Ternampak pula mainan anak-anak bersepah diruang tamu. Mata seakan tidak berminat melihat ruang tamu yang bersepah. 


Segera tangan mengutip, mengemas dan menyapu segala yang bersepah tadi. Dan apabila melangkah ke dapur. Ternampak pula tong sampah penuh dengan sampah sarap. Tidak tunggu lama terus saja membuang sampah tadi dari mengelakkan lalat datang berkumpul.


Seterusnya, terlihat pula tandas yang tidak bersih. Inilah masanya untuk mencuci tandas pula. 


Seusai solat manghrib. Kadang-kadang memang terasa kepenatan. Kadang-kadang juga mata terlelap di tikar sejadah sementara menunggu isyak.


Dan apabila badan sudah mula kepenatan. Emosi juga bercampur baur. Adakalanya OK dan adakalanya tidak OK.

Sememangnya banyak tugasan yang dipikul oleh seorang ibu apatah lagi seorang suri rumah. Beliaulah yang menguruskan rumahtangga sebaiknya. Jika tiada pertolongan daripada suami. Sememangnya si isteri lah yang akan melakukan kesemua kerja-kerja rumah. 


Nampak mudah, tapi ianya tidak semudah yang disangka dan diharapkan. Ianya memerlukan kekuatan, stamina dan tenaga yang secukupnya..


Keletihan dan  kepenatan selepas membuat kerja-kerja rumah ataupun dengan aktiviti-aktiviti seharian ini bukanlah perkara yang luar biasa. Malah ianya sememangnya telah dilalui oleh semua.


Jika ada mengalami dan merasainya.  Anda bukan keseorangan. Ramai yang merasainya dan mengalaminya. Dan ianya juga telah berlaku dari zaman Rasullah s.a.w lagi.


Didalam hadis yang diriwayatkan oleh muslim, satu hari puteri Rasullullah s.a.w Saiditina Fatimah mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.


Saiditina Fatimah kemudian datang menemui ayahanda baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah. 


Kenudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah. Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya. 


Lalu baginda telah pergi menemui puteri serta meantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasullah meminta mereka tetap berada di tempat perbaringan.


Lalu baginda bersabda:


"Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta?

Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah :


 Allahuakbar - 34 kali,

 Subhanallah - 33 kali 

 Alhamdulillah - 33 kali



Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu." (HR Muslim, no 4906)

Maka dengan itu, setelah berasa penat seharian dengan kerja-kerja rumah dan aktiviti- aktivi seharian. Bolehlah kiranya kita mengamalkan Zikir atau Tasbih Fatimah ini sebelum melelapkan mata.


Agar keesokkan paginya badan menjadi cergas semula untuk menguruskan semula rumah tangga dan menjalani aktiviti seharian dengan baik dan teratur.


Selamat beramal dan moga ianya bermanafaat.

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 Comments:

  1. Ni kalau dah terlampau penat, zikir ni ku cari sebelum tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, esok paginya in sha allah bagun cergas semula :)

      Delete