I-Citra - Pengeluaran KWSP Sehingga RM5000




Sebelum ini, kita megetahui tentang pengeluaran wang KWSP melalui i-Lestari dan i-Sinar. Namun, pada hari ini. Sekali lagi KWSP membenarkan ahlinya membuat pengeluaran iaitu i-Citra. Ianya sebagai kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelansungan hidup.

Harapan kerajaan membenarkan pengeluaran ini agar dapat membantu rakyat yang terjejas pendapatannya dimusim pendemik yang tidak pasti bilakah penghujungnya. 

Perlu atau tidak untuk mengunakan I-Citra ini. Terpulanglah pada individu tersebut. Sekiranya, anda benar-benar terkesan didalam suasana pendemik ini. Seharusnya anda mengeluarkan dan mengunakan duit ini dengan sebaiknya.

Namun, jika anda tidak terkesan lansung ataupun masih ada lagi simpanan yang mencukupi. Maka, fikir-fikirkanlah sama ada anda perlu atau tidak membuat pengeluaran ini. Tepuk dada, tanya selera. Pilihan ditangan anda. Tiada paksaan untuk meneruskan pengeluaran atau simpanan. 

Serba sedikit info mengenai i-Citra dikongsikan di sini:


  • Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai sehingga 30 September 2021
  • Permohonan hanya secara dalam talian melalui portal i-Citra Online. 
  • Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. 
  • Pastikan akaun bank simpanan/ semasa masih aktif dan diatas nama ahli sendiri
  • Layak bagi ahli KWSP yang berumur 55 tahun kebawah termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
  • Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 di dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan 
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000, bayaran secara bulanan sehingga 5 bulan 
  • Bayaran yang ditetapkan adalah RM1000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  • Bayaran minimum adalah RM50
  • Meniggalkan baki sekurang-kurangnya RM1 dalam Akaun 1
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanna ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
  • Bayaran i-Citra akan mengunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukup, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.

Jom kita imbas semula pengeluaran yang dibenarkan oleh KWSP disepanjang tempoh pendemik ini. 

i-Lestari
  • Berkuatkuasa bagi tempoh 1 April hingga 31 Mac 2021
  • Pengeluaran adalah dari Akaun 2 sahaja
  • Bayaran pengeluaran akan dibuat secara bulanan untuk bulan -bulan yang berikutnya tertakluk kepada kelayakan bilangan bulan pengeluaran
  • Kelayan bbilangan bulan pengeluaran dikira ari tarikh penerimaan permohonan pengeluaran yang diluluskan oleh KWSP sehingga tamanat tempoh kuatkuasa Pengeluaran i_lestari iaitu 32 Mac 2021. 


i-Sinar 

Mulai 8 Mac 2021, kelayakan permohonan i-Sinar ditambah baik iaitu: 
  • Ahli KWSP (termasuk pemastautin tetap & bukan warganegara)
  • Berumur di bawah 55 tahun 
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurang RM 150 





About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment