Jurnal Kesyukuran - Menulis Rasa Kesyukuran Setiap Hari



 Janji Allah itu benar..

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkarinya (nikmat-ku, maka nescaya sesugguhnya azab-Ku sangat pedih:."

 Jom menulis Jurnal Kesyukuran. 

Meluahkan rasa syukur di dalam sesebuah buku khas yang dinamakan JURNAL KESYUKURAN . Dengan menulis ayat-ayat yang berbentuk kesyukuran membuatkan diri berterima kasih dengan nikmat dan pemberian Allah swt. Itulah yang dimaksudkan dengan jurnal kesyukuran. 

Setelah seharian melakukan berbagai aktiviti. Pastinya ada detik-detik yang kita perlu syukuri. 

Rasa syukur ini memberi impak kepada emosi sekaligus menarik aura yang positive dari dalam diri. Menjadikan seseorang itu berterima kasih lantas mewujudkan rasa bahagia. Ianya memfokuskan kepada nilai-nilai positive yang berlaku seharian. 

Contoh ayat yang boleh ditulis didalam Jurnal Kesyukuran:

  • Alhamdulillah, Syukur, Ya Allah. hari ini saya berkesempatan lagi untuk bernafas dan menghirup udara yang segar serta diberikan kesihatan yang naik. 
  • AllahuAkbar, Syukur Ya Allah,  laris jualan barangan saya hari ini. Dengan keuntungan yang ada ini dapat saya beli hadiah buat-anak untuk mereka gembira
  • Alhamdulillah, syukur hari ini saya dapat menyelesai tugas dengan baik dan mendapat pujian daripada boss. 
  • Syukur, Ya Allah, tangan kurniaanmu ini dapat digunakan untuk berbakti kepada keluarga.
  • Syukur hari ini dapat saya menunaikan ibadah solat pada waktu yang tepat tanpa lengah-lengahkan masa.

Dan itulah serba sedikit contoh ayat yang boleh ditulis di dalam Jurnal Kesyukuran. Kadang-kala ayatnya tak perlu terlalu panjang . Cukup ianya mudah di tulis, ringkas dan difahami. 

Yang penting disini, tulisan itu lahir daripada hati yang ikhlas untuk mensyukuri nimat-nikmat yang pemberian dan kurniaan Allah SWT.

Bagaimana untuk bermula menulis JURNAL KESYUKURAN 

Sediakan sebuah buku khas yang menarik dan sekaligus boleh memberi inspirasi kita untuk menulis. Selepas itu,  boleh hiaskannya mengikut kesukaan. Anda seorang yang pandai melukis, Ini merupakan satu kelebihan untuk menjadikan helaian  di dalam Jurnal kesyukuran tadi bertambah menarik. Ianya Mengikut kreativiti masing-masing. 

Semakin kreatif anda menulis Jurnal Kesyukuran tadi, lebih menarik minat untuk menulisnya setiap hari.

Sekiranya anda sudah memiliki diary ataupun planner. Khaskan satu ruang untuk menulis jurnal kesyukuran. 

Kemudian boleh tulis ayat-ayat kesyukuran yang terbit dari dasar hari kita. Free style dan tidak ada format tertentu. Ikut keselesaan masing-masing. 

Tulis satu persatu apa yang membuatkan anda rasa bersyukur hari ini. Pernah saya terdengar, seorang pakar motivasi memberi tahu, sekurang-kurangnya kita boleh menulis  3 luahan kesyukuran untuk waktu pagi, 3 untuk waktu petang dan 3 lagi unuk waktu malam. 

Walaubagaimanapun, ianya terpulang pada anda. Nak tulis kurang daripada itu, boleh juga dan tulis lebih daripada 10 atau 20 pun tersangatlah bagus dan terbaik buat diri. Yang pentingnya, ianya ikhlas dari hati untuk meluahkan kesyukuran. 



Kebiasaannya jurnal kesyukuran ini dutulis pada waktu malam. Sebelum tidur. Bagi mengingatkan semula perkara-perkara yang perlu disyukuri pada hari tersebut. Namun, ianya terpulang kepada pilihan masing-masing pada waktu bila untuk menulis jurnal kesyukaran ini. Tiada waktu yang ditetapkan. Ikut kesesuaian. 

Digalakkan menulis jurnal kesyukura ini ditulis setiap hari. Tetapi, adakalanya kesibukan melanda. KAdang-kadang tak sempat nak menulis jurnal kesyukuran ini. Namun, anda boleh gabungkan kesemua kesyukuran yang anda rasa didalam satu helaian. 

Setelah lama menulis jurnal kesyukuran ini. Kemudian membaca semula helaian yang ditulis. Allahu Akbar, barulah kita sedari begitu banyak nikmat pemberian Allah yang kita perlu kita syukuri.

Alhamdulillah..Alhamdulillah dengan nimat kurniaan Allah. Tidak rugi menulis jurnal kesyukuran ini kerana ia mendidik hati kita untuk belajar bersyukur dan menghargai. Sekaligus, kita berterima kasih dengan pemberiannya. 

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

2 Comments: