Khasiat Tomato Untuk Kesihatan & Kecantikan

Pasti ramai yang mengetahui tentang khasiat tomato. Buah yang mudah didapati dan harganya pun tidak terlalu mahal.Tomato juga sering saja dijadikan sebagai bahan tambahan di dalam  masakan. Sekiranya, masak kari atau asam pedas. Buah tomato dipotong empat bahagian atau lapan bahagian bagi menampakkan kemeriahan dia dalam masakan tadi. 


Sebiji tomato yang kaya dengan khasiat membekalkan sekurang-kurangnya 40% keperluan Vitamin C didalam badan. Selain itu, tomato juga mengandungi Vitamin A yang baik untuk kulit, penglihatan dan sistem imun badan. 


Kajian juga menunjukkan tomato bagus untuk kesihatan jantung. Ianya dibukti dengan bentuk "Doctrine of Signature" iaitu bahagian dalam buah yang berbentuk seperti organ pada tubuh manusia.


TOMATO BAGUS UNTUK JANTUNG 

Tomato dikatakan mempunyai anti oksidanyang tinggi. Antioksidan yang tinggi ini dikatakan mampu melindungi kesihtan jantung. 

Menurut kajian, individu yang mempunyai kandungan yang tinggi antioksidan ini kurang berisiko menghidapi sindrom metabolik yang merupakan faktor risiko penyakit jantung, strok dan diabetes.


TOMATO BAGUS UNTUK KECANTIKAN


TOMATO sememangnya sinonim dengan kecantikan, Tomato menghasilkan pro-kolagen yang berfungsi mengekalkan struktur kulit menyebabkan kelihatan muda dan juga cerah. 


Sebenarnya, terdapat berbagai cara untuk mendapatkan kulit cantik dengan mengunakan tomato sebagai bahan asas. Ianya sangat mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar. Cara mudah untuk cantik dengan tomato adalah seperti berikut:


1) Hanya perlu lecekkan buah tomato yang masak ranum. Biarkan selama 20-30 minit. Amalkan 2-3kali seminggu. Hasilnya pasti wajah kelihatan segar dan kemerahan. Kulit muka yang kusam juga akan berkurangan sekiranya rajin mengamalkan petua ini. Cubalah, anda akan rasainya.


2) Jika kulit muka berminyak ataupun memiliki liang pori yang terbuka, kisar tomato dan tambahkan dengan sedikit jus lemon.Kemudian sapukan dimuka. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas denan air bersih, Kerap diamalkan, liang-liang pori akan kelihatan mengecil dan kurang berminyak. 


3) Bagi anda yang memiliki kulit yang tidak sekata, parut jerawat dan kulit muka yang kusam. Kisar tomato dan bancuhkan dengan susu segar atau yogurt. Kemudian sapukan diwajah sambil  buat sedikit urutan ringan. Jika diamalkan selalu pastinya masalah kulit tadi semakin berkurangan.


TOMATO BAGUS UNTUK PENGLIHATAN


Tomato mengandungi kandungan lycopene, lutein dan beta carotene yan berfungsi membantu melindungi mata daripada Katarak dan Macular Degeneration.


TOMATO BAGUS UNTUK MELAWAN DIABETES & KANSER

Merupakan sumber makanan yang bagus bagi melawan penyakit yang berbahaya seperti diabetes & kanser. Ianya mampu mengurangkan Perolsida Lipid yang menyebabkan radikal bebas dan serangan jantung. dengan kandungan Lycopne yang terdapat di dalam  tomato ianya mampu mengurangkan risiko kanser perut, prostant, ovari dan paru-paru.


Walaupun kaya dengan khasiat. Tetapi masih juga yang kurang mengemari tomato kerana rasanya yang agak kurang enak. Namun, terdapat cara mudah untuk menikmati tomato ialah menjadikan ianya jus. 



Potong buah tomato kepada beberapa bahagian. Kemudian masukkan kedalam blander. Tapis dan sedia diminum. Untuk lebih enak, boleh ditambahkan dengan susu ataupun satu sudu madu. Dan bertambah enak, apabila ditambah dengan beberapa ketulan ais. 


Rasanya enak untuk diminum sekaligus tubuh badan mendapat khasiat daripada sebiji tomato.

Selepas mengetahui banyakknya khasiat dalam sebiji tomato,

Jom, amalkan makan buah tomato hari ini.

Adakah anda juga pengemar buah tomato?



About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment