Resepi Sambal Gesek Bersama Kundang Muda




Kembali mengupdate blog yang dah bersawang ini. Kali ini, nak share resepi sambal simple, SEDAP yang sangat mudah disediakan.

Menu sambal gesek ini adalah diantara menu sambal yang popular di Malaysia. Ada berbagai-bagai cara penyediaannya. Dan ini adalah cara penyediaan sambal gesek yang mudah disediakan, enak dinikmati dan membuka selera. 

 Bahan-bahannya pun sentiasa ada didapur.  Cuma kundang muda tue ler, kena tunggu musim buah kundang menjelma tiba. Baru ler boleh sediakan sambal ini.

Tapi jangan risau, sekiranya bukan musim kundang muda. Anda masih juga boleh menyediakan sambal gesek yang sedap. Saya akan share juga resepinya selepas ini.

Antara bahan-bahan yang perlu disediakan untuk menghasilkan Sambal Gesek Bersama Kundang Muda ini adalah seperti berikut:

Segengam ikan bilis 

Cili api anggaran dalam 10-15 ulas (bergantung pada tahap kepedasan anda). Sekiranya anda suka pedas. Anda boleh tambah lagi cili api ini.

Buah Kundang muda - sebagai hero utama dalam resepi ini. Anggaran sebanyak 7-8 biji dibelah dua dan dibuang bijinya. 

Seterusnya, masukkan kesemua bahan-bahan tadi kedalam lesung batu.

Cara saya, masukkan dulu lada api tadi. Apabila lada api, sudah agak hancur kemudian saya masukkan ikan bilis pula. Apabila ikan bilis sudah agak-agak hancur. Baru saya masukkan kundang muda dan tumbuk manja-manja sikit. Kat sini, cuma nak pecah-pecahkan saja kundang muda tadi. 

Seterusnya, Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi kedalam mangkuk.
 Kemudian perasakan dengan garam dan sedikit gula. Untuk dapatkan rasa yang lebih sedap. Boleh juga ditambahkan dengan sedikit perahan limau nipis.

Opps, sekiranya nak letakkan Ajin*mot* pun boleh, cuma saya tak letakkan sebabnya saya memasak tidak mengunakan bahan tersebut. 


Akhirnya, boleh dihidangkan diatas meja. Dinikmati bersama nasi panas. Memang ler membuka selera ketika makan kerana sambal gesek ini ada rasa masam-masam, lemak dan pedas gitew. 

Nasi panas, ikan goreng atau telur dadar dan sambal gesek kundang muda itu pun sudah sedap dinikmati. Alhamdulillah..

Sekiranya bukan musim buah kundang. Masih bolehkah  saya sediakan sambal gesek ini. 

Sudah tentunya boleh. Masih mengunakan bahan-bahan yang sama. Cuma, ketiadaan kundang muda disitu. 
Dan letakkan lebih sedikit perahan limau nipis. Sambal gesek tanpa kundang muda inipun sedap juga dinikmati bersama nasi panas. Membuka selera dan penambah rasa di dalam hidangan yang terhidang diatas meja. 

Menu ringkas ini kadang-kala lebih membuka selera dan bertambah-tambah nasi dibuatnya. 

Selamat menjamu selera dan selamat mencuba. 





About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment