Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah Disediakan & Enak Dinikmati



Resepi Sup Ikan Merah Yang Mudah Disediakan & Enak Dinikmati 

Hari ini nak bercerita tentang resepi sup ikan merah. Asyik-asyik makan sup ayam je. Kita bertukar pula menu kepada Sup Ikan Merah. Jika betul cara penyediaannya sup ini tidak terasa hanyir dan cukup membuka selera. Dimakan pula bersama nasi panas dan ditambah dengan kicap dan cili potong. Bertambah-tambah nasi dibuatnya. 

Tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakan juadah ini. Jika bahan semua telah tersedia, kurang lebih 20 minit, juadah ini sudahpun terhidang diatas meja. 

Sup Ikan Merah merupakan salah satu menu kegemaran ibu dan anak-anak saya. Bila adanya menu ini dihidangkan di atas meja nampak berselera, mereka menikmatinya. Bagi anak-anak pula, mereka lebih gemar menghirup kuah sup ikan ini. Apabila menyediakan menu ini, pastinya kuah sup itu perlu dimasak lebih. Jika tidak, siapa yang makan lambat, hanya dapat makan ikan saja tanpa kuah sup. :) 

Melihat keletah mereka ketika makan, sangat terhibur dibuatnya.

Sup Ikan bersama nasi panas. nyummy, sedapnya 


Cara penyediaan yang amat mudah dan bahan-bahannya pun mudah didapati. 

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

Beberapa potong ikan merah yang telah siap dibasuh
3 ulas bawang putih dan bawang kecil - dihiris 
1 inci halia - dihiris
Setengah sudu lada hitam - ditumbuk halus 
sedikit ikan bilis - ditubuk halus 
10 tangkai daun sup - dihiris 
1 paket sup bunjut  (khas untuk sup ikan) Adabi
Garam secukup rasa

Cara-caranya

Panaskan minyak masak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di hiris tadi. Tumis sehingga naik bau. Selepas itu, masukkan pula lada hitam & ikan bilis yang telah ditumbuk halus. Tumiskan selama 1 dengan api yang kecil. 
Sup Bunjut Adabi yang digunakan untuk membuat sup ikan

Selepas itu masuk kan, air sebanyak 4 gelas dan ikan yang telah siap dibasuh tadi. Seterusnya masukkan pula sup bunjut. Apabila air sudah mulah mengelegak, masukkan pula garam secukup rasa. Dan boleh kecikkan api dapur, renehkan sup tadi beberapa minit. Setelah itu boleh masukkan hirisan daun sup bagi menambahkan rasa sup ikan tadi. 

Untuk menjadikan sup ikan  ini bertambah-tambah enak untuk dinikmati. Adalah dicadangkan untuk meletakkan  potongan lobak merah dan juga tomato. Pastinya ianya membuatkan sup ini bertambah enak untuk dinikmati.

Biarkan setika tomato dan labak tadi direneh sehingga agak-agak lembut dan  sup tadi sedia untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga. 

Apabila menghidangkan sup ikan ini, kadang-kadang sup tadi terasa hanyir dan menyebabkan hilang selera untuk dinikmati. Ini adalah kerana ikan tadi tidak dibersihkan dengan cara yang betul. Bagi mengelakkan kejadian sup hanyir ini terjadi. Dikongsikan beberapa tips untuk membersihkan ikan bagi menghilangkan rasa hanyir tersebut. 

Campurkan air, tepung jagung, serbuk kunyit, garam. Kemudian jadikan ianya seperti pes dan ratakan pada ikan. Kemudian cuci sehingga bersih.
 
Manakala, cara kedua pula ialah basuh ikan dengan bersih dengan mengunakan asam keping, Asam keping tadi gosok-gosokkan dibahagian ikan yang telah dipotong. Seterusnya, membuang lendir-lendir yang terdapat pada ikan tadi. Seterusnya, cuci ikan tadi dengan air yang bersih. 

Selamat mencuba dan jumpa lagi dientry akan datang.




About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment