Mee goreng mamak in the house.. So nyummy.. Kenyang perut suka hati..Lalalaaaa.. Jom kita sarapan bersama.. Kebiasaannya, saya sediakan mee goreng basah untuk dinikmati bersama keluarga. Tetapi, hari ini kita bertukar selera. Saya sediakan mee goreng mamak yang simple dan mudah disediakan.
Sambil makan tue, fefeling jugak ler makan kat kedai mamak. hahahaa. Al-maklumlah musim PKP nie, nak dine-in tidak dibenarkan. Jadinya, kita google resepi dan ketang-ketung masak kat dapur sendiri. Hampir 20 minit bersilat kat dapur, terhasillah mee goreng mamak simple dan mudah disedikan.
Tercetusnya idea untuk memasak mee goreng mamak nie, sebenarnya terhasil daripada melihat whatsapp status seorang member. Dalam video tersebut nampak sedap je menu mee goreng mamak nie.
Penyediaannya pun mudah saja.
Terus saja teringin untuk mencuba menyediakan Mee Goreng Mamak Simple dan Mudah disediakan ini.Oklah, tanpa membuang masa saya sharekan resepi Mee Goreng Mamak Simple & Mudah disediakan ini.
Resepi Mee Goreng Mamak Simple & Mudah disediakan,
Bahan-bahannya:
1 paket mee kuning
1 biji labu bawang besar - dihiris nipis
2 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 sudu lada kering yang sudah diblander
5-7 batang sawi - dipotong kecil atau mengikut kesesuaian untuk mengoreng mee
Segendam Taugeh
1 ulas lada besar- dihiris nipis
2 biji telur
1 1/2 ketul fish kek dihiris nipis
4-5 biji tauhu lampung dipotong empat
Sedikit garam, lada sulah, sos tiram, kicap pekat & kicap manis.
Cara-caranya.
Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris tadi. Setelah bawang tadi wangi, masukkan pula 3 sudu lada kering yang telah dikisar. Apabila lada sudah terbit minyak, masukkan pula sos tiram, Kacaukan sebentar, masukkan pula sawi yang telah di potong kecil tadi.
Apabila sawi sudah agak lembut, boleh masukkan fish kek dan tauhu lampung yang telah dipotong. Kacau seketika ddan biarkan ianya agak masak. Kemudian masukkan pula mee kuning yang telah dicuci bersih. Gaulkan kesemua bahan tadi dan curahkan kicap pekat dan kicap manis secukup rasa.
Dengan cara penyediaan yang mudah, bahan-bahan pun mudah didapati. Kos perbelanjaan tidak mencecah RM 20. Sangat-sangat menjimatkan dan berpuashati kerana dapat menyediakan Mee Goreng Mamak Simple dan Mudah disediakn buat keluarga tersayang.
Selamat mencuba dan moga resepi ini bermanafaat buat semua.
0 Comments:
Post a Comment