Tips Menabung Dengan RM 1 dan RM5


Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat hasilnya. Begitu jugaklah dengan menabung. Nampak mudah tapi untuk melaksanakannya secara konsisten... Fuh! mencabar jugaklah. Untuk menabung ini, sememangnya kena paksa diri sendiri untuk memulakannya. Dan di dalam masa yang sama, kena ketepikan segala keinginan membeli belah yang membuak-membuak di dada sekaligus hanya membeli barang yang diperlukan sahaja. 

Susah rasanya untuk  menabung. Sememangnya memang susah untuk memulakan sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan. Tetapi sekiranya, masih leka dengan sikap boros dan tidak berjimat cermat. Kelak nanti, diri sendiri juga yang susah dan menyusahkan mereka yang ada sekeliling kita.

Sekiranya berlaku kecemasan, dengan sedikit tabungan ini. Dapatlah kiranya mengurangkan sedikit permasalahan berkaitan dengan duit pada ketika itu.

Apakata kita bermula dengan menabung duit mengikut warna. Sekiranya mampu menabung RM1 terlebih dahulu, silakan. Tetapi jika kita mampu menabung dengan jumlah yang lebih besar. Ianya sangat-sangat digalakkan.

Sememangnya, semangat suka menabung sangat memberi manafaat. Menabung adalah merupakan tabiat yang baik dan mampu membentuk disiplin diri. 

Saya sendiri bermula dengan RM1 terlebih dahulu. Dan apabila sudah sedikit konsisten, kemudian barulah saya bermula dengan note hijau iaitu RM5. Pada mulanya memang agak payah tetapi perlahan-lahan saya cuba menyimpan wang tersebut sebagai tabungan. 


Hasilnya, apabila musim perayaan.Tiada lagi kerisauan tentang pertukaran duit raya untuk dimasukkan kedalam sampul raya. Dan tidak ada lagi masa yang terbazir untuk pergi ke bank bagi menukar duit.

Duit tabungan inilah yang akan saya ambil untuk dimasukkan ke dalam sampul raya. Dapat jugaklah dibahagi-bahagikan anak-anak saudara yang masih kecil ataupun anak-anak jiran yang berkunjung dirumah. 

Menarik dan sangat-sangat menarik.Sekaligus, iamya membantu mengurangkan tekanan penyediaan belanja di musim perayaan. 

Ada beberapa cara untuk terus konsisten menabung dengan note biru RM1 dan note hijau RM5 ini. Pertama sekali, sediakan satu tabung khas untuk tabungan note biru RM1 dan note hijau RM5 ini.


Kemudian, tetapkan target berapa jumlah yang dinginkan dan setkan masa berapa lama tabungan ini boleh dipecahkan. Contohnya, tabung ini akan dipecahkan pada penghujung December 2022 nanti.

Selepas itu, apabila terjumpa saja note biru RM1 ddan note hijau RM5 ini, segera asingkan dan masukkan ke dalam tabung. Sekiranya anda pergi ke kedai ada lebihan baki yang wang yang berwarna biru dan hijau ini. Buat-buatlah tidak nampak untuk mengunakanya dan terus saja masukkan kedalam tabung khas tadi. 
Pendek kata, haramkan pengunaan duit note yang berwarna biru RM 1 dan note hijau RM5 ini. 

Seterusnya, konsisten dan berdisplin sentiasa untukmemasukkan duit ke dalam tabungan ini. Dan apabila tiba masanya. Maka, pecahkanlah tabungan tadi dengan rasa bangga. 
Sekurang-kurangnya kita berjaya menabung dan membuat sedikit simpanan dengan hasil usaha sendiri. 


Pada ketika itu, terpulanglah pada kita bagaimana untuk mengunakan hasil tabungan tadi. Ada kawan-kawan saya, yang mengunakan hasil tabungan note biru RM1 dan note hijau RM5 ini untuk pergi bercuti, ada yang membeli barang kemas dan ada juga yang terus menyimpnya ke dalam ASB ataupun Tabung Haji.

Sebenarnya, teknik menabung RM1 dan RM5 ini sudah pun diketahui umum dan ramai telah mempraktikkannya. Sekaligus ramai yang memperolehi manafaat daripada menabung mengunakan teknik ini. 

Dengan menabung mengikut warna ini, sekaligus membentuk displin diri untuk menabung. Jika kita tidak mengubah diri kita sendiri, siapa lagi yang akan mengubahnya. Tak gitew..

Jom kita menabung.. Apabila pecahkan tabung nanti, kita boleh tersenyum melihat hasilnya. 

About icetanggo

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 Comments:

Post a Comment